Salam sejahtera buat semua.
Merujuk kepada makna tegar dalam Kamus Dewan Edisi Empat; [1] tidak dapat dilenturkan, keras kaku. [2] tidak dapat diubah, degil. Jadi, dalam konteks tajuk entri di atas, maksud tegar ialah sangat suka menulis blog. Bukan sembarangan tegar yang lirik lagu tu. Yang Rossa nyanyi tu eh?
Kalau tak silap, kali pertama saya dengar frasa mengenai tegar dalam penulisan ni melalui blog Melz. Kalau tengok blog dia, memang tahu la dia ni tegar sangat dalam penulisan. Entri mesti bertulis panjang. Tak macam entri di blog ni yang kadang-kadang gambar je banyak. Haha. Lain padang, lain belalang.
Kalau nak diikutkan hati, banyak je yang nak ditulis. Tapi melihat perkembangan semasa yang kurang enak untuk para blogger, ayat dalam penulisan kena jaga beb. Nanti kena saman. Tak pun masuk mahkamah. Macam kes komen dalam FB tu la. Tu baru tulis komen. Tapi dia kena tangkap sebab ada orang report la kan.
Para artis pun dah mula tembak blogger. Artis tu tak tahu ke yang dah makin ramai orang yang jadi blogger sekarang? Orang tulis blog pun dah macam tulis diari. Nasib badan la kalau nak kena kutuk ke, kritik ke. Lagipun yang biasa kena tu pun sebab benda buruk jugak. Paling tak boleh blah siap guna FB untuk buat group semata-mata nak kutuk artis. Saman-menyaman akan berlangsung la lepas tu rasanya.
Kebiasaannya, seseorang dapat menulis panjang dan banyak idea ni adalah orang banyak cakap kot. Aku pendiam je. Tak percaya boleh tanya rakan-rakan di sekeliling. Pendiam lebih baik daripada cakap main lepas je. Entah-entah hati mana yang terguris dengan kata-kata kita tu. Kalau tulisan, kita boleh semak dan baca balik. Tu pun kadang-kadang terlepas jugak ayat provokasi. Mudahnya, persepsi orang la untuk menafsir apa yang tersurat dan tersirat.
Untuk menulis sesuatu yang bermakna bukan ambil masa sekejap. Kadang-kadang idea datang masa yang tak terduga. Paling banyak idea datang masa tengah buang air besar (ayat paling sopan ni). Jangan tak perasan yang korang pun pernah alami kan? Sampai saintis pun kaji fenomena ni. Kalau idea datang dalam mimpi, sedar-sedarkanlah diri pastu bangun catat dan tidur balik.
Kesimpulannya, menjadi tegar dalam menulis blog memerlukan skil dan ketajaman ayat. Kalau tulis ayat penulisan ilmiah yang penuh skema yang dah jadi macam surat rasmi pun orang kurang tertarik pulak. Tulis gaya santai yang terbaik la eh? Walauapapun, jangan jadikan blog sebagai satu bebanan (hurulaini cakap, topo yang cakap), nanti stress je lebih bila berlaku benda tak diingi pada blog.
beliamuda: Tulis panjang-panjang, isi seciput je. Saya nak belajar membebel. Ok tak?


Leave a Reply