Pengalaman Mengambil Lesen Memandu (1)

Salam sejahtera buat semua.

Ujian Memandu Bukit

Musim-musim cuti sekolah dan cuti semester macam ni, selalunya memang sibuk la pusat memandu. Musim ni la sekolah memandu akan menjadi pusat pengajian yang sibuk. Peperiksaannya boleh berjalan setiap hari, tapi ujian akhir tahun (ujian nak dapat lesen P) tu la yang paling mencabar.

Duduk rilek-rilek masa cuti ni teringat pulak masa ambil lesen memandu tiga tahun lepas. Oh ya, untuk makluman, aku masih lagi dalam lesen P. Haha. Setahun aku ambil masa nak sudahkan pembelajaran di pusat memandu. Err, bukan sebab aku bengap sangat nak belajar memandu, tapi ada hal lain yang datang secara tiba-tiba. Jom dengar aku bercerita.

Masa tu baru je lepas SPM. Kebetulan masa tu aku, Irfan (sepupu aku) dan Zakwan (kawan dia) yang sama-sama baru habis SPM dipertemukan sekali oleh bapa saudara aku. Masa tu, cadangnya kami semua ni nak gi la belajar bahasa Inggeris di Smart Reader Kota Bharu.

Nak masuk pusat tuisyen tu pun ada ujian dulu. Nak uji tahap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, semua lebih kurang je, jadi kami semua dalam satu kelas je la. Senang nak gi bersama-sama. Masa ni la keluar cadangan untuk kami turut ambil lesen memandu. Masa ni, aku memang tiada pengalaman bawa motor, apatah lagi kereta.

Dah kebetulan masa tu memang sangatlah bosan kalau duduk terperap di rumah je, isi je la masa yang ada ni dengan belajar memandu dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Masa tu aku tak kenal lagi blog dan masa tu la aku diperkenalkan dengan istilah RTM; Rehat + TV + Makan.

Lagi kebetulan, masa tu ada pakej khas ditawarkan untuk pelajar sekolah menengah. Secara protokolnya, aku dan Zakwan tak layak nak masuk bawah pakej tu, sebab kami pelajar MRSM. Pakej tu hanya ditawarkan untuk pelajar sekolah biasa. Tapi, pandai-pandai la kan nak hidup. Kami masuk je la di bawah nama sekolah sepupu aku tu.

Sekolah memandu tu tak asing lagi di Kelantan. Pusat Latihan Memandu Yakin Pandu di Pengkalan Chepa. Dekat dengan Pusat Latihan Memandu Kotaraya. Cawangan Yakin Pandu tu pun dekat dengan rumah aku (rumah aku sangatlah jauh dengan Pengkalan Chepa).

Masa nak pergi dengar kuliah undang-undang tu, memang penuh sesak kat sekolah tu. Sampaikan kena buka kelas baru. Masa ni la terjumpa kawan lama. Nasib baik kenal lagi. Kelas undang-undang tu entah berapa jam aku pun dah lupa. Tapi sempat habis dalam masa sehari la.

Dalam kelas tu bukan dapat semua pun apa yang diajar. Harap dengan buku undang-undang dan buku soalan tu je la. Tapi, dah ada buku tu pun malas lagi nak baca. Nasib baik Irfan ada CD koleksi soalan yang akan ditanya dalam ujian berkomputer tu. Nampak interaktif sikit. Baru ada semangat nak buat.

Dengan berbekalkan latihan CD tu, ditambah dengan hasil menelaah buku undang-undang, kami bertiga pergi la mengambil ujian berkomputer tu di pusat ujian. Antara kami bertiga, aku yang dapat markah paling rendah untuk ujian undang-undang tu. Rasanya cukup makan je untuk lulus.

Dengan lulusnya ujian undang-undang berkomputer, dapatlah kami memegang tak dapat pun lagi lesen L. Balik semula ke pusat memandu, kami diagihkan guru untuk latihan kereta. Akhirnya, masing-masing berpisah sebab jadual latihan lain-lain.

beliamuda: bersambung ke episod 2. Harap-harap dapat sudahkan entri ni sebelum lesen P tamat… 😀

36 thoughts on “Pengalaman Mengambil Lesen Memandu (1)

  1. pglaman amek lesen dulu antara pengalaman paling manis penah epal ada.
    rasanya kalo nak kena ulang balik amek lesen pun, epal tak kesah kalo serupa itu jgk ceritanya.
    🙂

  2. Woh
    Kenangan2
    First jpj test ak fail sbb x tau jalan (test ngan tmpt training lain2, dan mase tu hari test jatuh dalam 1-2week sem baru utp, T.t, mmg tak g testing jalan dulu, men taram je. >.<)
    2nd test baru lulus. haha.
    .-= Mohaimin´s last blog ..Logo Opening Title Meche 007 =-.

  3. Ha ha….
    aku tak stadi pon utk ujian berkomputer tu jauh skali menelaah CD interaktif hu hu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge