Suka dan Duka Dalam Peperiksaan

Salam sejahtera buat semua.

Peperiksaan

Dalam entri kali ni, saya akan bercakap mengenai Hidup Berani Untuk Gagal versi peperiksaan. Mungkin lebih kepada apa yang saya ingin luahkan dan kongsi bersama-sama pembaca.

Menghampiri penghujung tahun, tiga peperiksaan awam terbesar di Malaysia; UPSR, PMR dan SPM telah pun berlalu. Dua daripadanya telah diketahui keputusannya dan SPM pula mungkin dalam masa tiga bulan lagi.

Di saat mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing, pasti ada suka dan dukanya. Pasti ada air mata kegembiraan yang mengalir ataupun sesalan akibat usaha yang tidak seberapa.

Dua peperiksaan yang telah diketahui keputusannya itu mungkin tidak sepenting SPM. Bagaimanapun, ia tetap menjadi satu penanda aras bagi diri sendiri khasnya dan umumnya kepada sistem pendidikan yang digunapakai.

Setelah melalui tiga episod peperiksaan yang besar itu, masing-masing ada kenangan yang tersendiri. Keputusan UPSR yang cemerlang, membawa saya melangkah masuk ke sekolah berasrama penuh. Berada jauh daripada keluarga, sedikit sebanyak mencorak perjalanan hidup yang seterusnya.

Keadaan lebih kurang juga dengan PMR. Namun kali ini, saya boleh kembali belajar di negeri sendiri dan dekat dengan keluarga. Meneruskan episod terakhir sebagai pelajar sekolah, SPM ditempuh pada tahun 2006.

Walaupun keputusan tidak secantik rakan-rakan yang mendapat semua 1A, ia sudah cukup untuk mengekalkan saya untuk berada di universiti yang dimasuki melalui keputusan percubaan SPM.

Semakin meningkat tahap pembelajaran, semakin sukar keadaanya. Peperiksaan bukan lagi dinilai setakat diatas kertas. Penilaian diberikan terhadap tahap teknikal dan praktikal dalam bidang yang dipelajari. Walaupun praktikalnya baik, kemungkinan teorinya agak sukar. Itulah kenyataan dalam bidang kejuruteraan.

Setakat memahami teori sahaja tidak mencukupi. Asas dalam bidang ini ialah keupayaan untuk menterjemah apa yang difahami kepada satu kemahiran. Bukan semua yang ada kebolehan ini.

Berlalunya empat semester, keputusan peperiksaan semakin menyusut. Dan kali ini, semester keempat dirasakan amat sukar sekali. Peperiksaan yang paling mendera mental. Yang dirasakan senang, menunjukkan taring di saat akhir. Yang sukar, masih terasa juga kesukarannya. Apa-apa pun, dalam dua tiga minggu lagi keluarkah keputusan peperiksaan semester keempat.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

beliamuda: Tengoklah nanti, sama ada suka atau duka yang akan dirakam. Walaubagaimanapun, hidup tetap perlu diteruskan. Kegagalan boleh dijadikan sumber motivasi untuk kejayaan. Hayatilah slogan, Hidup Berani Untuk Gagal.

9 thoughts on “Suka dan Duka Dalam Peperiksaan

  1. selagi tidak ketinggalan – sudah cukup bagi kak jie
    tak nak anak2 yg terlalu pasif dan hanya nampak ‘exam’

    tak nak anak2 kehilangan zaman2 keremajaan mereka hanya kerana mengejar kecemerlangan dlm peperiksaan
    .-= Kujie´s last blog ..Betul ke trafik Nuffnang ni? =-.

  2. Pingback: Ayat Motivasi Diri – Kebenaran Sebuah Kegagalan | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge