Google Authority Listing: Terkini di beliamuda {dot} com

Salam sejahtera buat semua.

beliamuda.com - Google Authority Listing

Semalam, satu lagi sejarah tercipta. Bukan sahaja berakhirnya kemarau emas untuk bola sepak Malaysia di Sukan SEA, tetapi juga satu penanda aras terbaru untuk beliamuda {dot} com. Dalam tempoh sebulan yang lalu, tiga kali graf trafik blog ini menunjukkan runcingan yang tajam.

Kali pertama semasa hari terakhir paper final semester ini, kali kedua disebabkan insiden di KB Mall, dan semalam merupakan yang tertinggi di antara kesemuanya. Masa trafik meningkat kali kedua tu, tak diberitahu sebab rasa tak patut untuk bergembira di atas kesedihan orang lain.

Semalam, ada tiga peristiwa penting yang menyumbang trafik tertinggi ke blog ini. Salah satunya sudah pasti tentang kejayaan negara kita di Sukan SEA. Dua lagi entri menyusul di belakang.

Hari ini, satu lagi penanda aras untuk beliamuda {dot} com, iaitu Google Authority Listing. Saya mula perasan pasal benda ni semasa membuka Google Webmaster Tool. Lepas disemak sendiri dengan carian di Google, teringat entri yang ditulis Kak Jie.

Walaupun kurang faham akan fungsi dan kelebihan Google Authority Listing ni, tapi saya rasakan ia sesuatu yang baik untuk blog ini. Harap-harap begitulah.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

beliamuda: [1] Ada satu benda tak best telah terjadi dengan blog ni. Setelah enam bulan baru perasan… akan menyusul dalam entri seterusnya… [2] Rasanya, ada je peluang nak dilucutkan Google Authority Listing ni kan?

Comments

5 responses to “Google Authority Listing: Terkini di beliamuda {dot} com”

  1. Si Naga Avatar

    haha..
    blog aku dah lama camtu…
    aku tak wat ape2 mmg dah jad camtu..
    search jer mesti kuar camtu..
    hahahaha..
    bangga plak..
    rupanya ada function benda tu..
    .-= Si Naga´s last blog ..2010 – Cabaran Lebih Getir Menanti =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Si Naga, rasa lain la sikit.. ngeh3~

  2. ariff Avatar

    waa. hebat tu. bila la aku nak dapat camtu
    .-= ariff´s last blog ..Alexa & AriffShah.com =-.

  3. Syazwan Zubir Avatar

    hoo..cmne nak wat camni..x paham aku google ni..bnyk sgt function
    .-= Syazwan Zubir´s last blog ..What is Breadcrumb? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Syazwan Zubir, bukan aku yg wat. google yang bagi sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge