Tokoh Maal Hijrah 1431

Salam sejahtera buat semua.

Bersempena dengan sambutan Maah Hijrah 1431, seperti tahun-tahun sebelumnya, dua orang tokoh telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431. Dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’ dua tokoh tersebut dipilih untuk anugerah peringkat antarabangsa dan peringkat kebangsaan.

Yusuf Qaradawi

Foto BERNAMA

Tokoh yang menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa ialah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi. Beliau memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan. Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Mohamed Yusof Mohamed Noor

Foto BERNAMA

Sementara itu, tokoh yang menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan ialah Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor. Beliau ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pengerusi Kumpulan FELDA. Beliau turut menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan.

beliamuda: Anugerah kali ini adalah kali yang kelapan.

Comments

3 responses to “Tokoh Maal Hijrah 1431”

  1. muhammad fakhruddin Avatar

    Assalamualaikum…
    molek beno la Malaysia bagi anugerah Tokoh Maal Hijrah pd ulama’ spt Dr. Yusuf Al-Qaradawi.Kalau dulu Dr. Wahbah Az-Zuhaily.

    Moga nanti pimpinan kita terbuka hati melaksankan Islam secara menyeluruh.

    Salam Maal Hijrah beliamuda =)
    .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Doa & Harapan Maal Hijrah 1431H =-.

    1. beliamuda Avatar

      @muhammad fakhruddin, salam maal hijrah jua~

  2. […] Klik sini untuk Tokoh Maal Hijrah 1431H. Siapakah Tokoh Maal Hijrah 1432H? innity_pub = "59c33016884a62116be975a9bb8257e3"; innity_cat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge