Alza en el tráfico

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini hari berbahasa Sepanyol. Haha. Sesaje sebenarnya. “Alza en el tráfico” tu maksudnya “increase in traffic” atau maksud dalam bahasa kita yang sopan santun ni, “peningkatan dalam trafik”. Yang dicadangkan untuk “increase” tu bukan “Alza” sebenarnya, tapi aku saja ganti dengan perkataan ni sebab maksudnya masih sama.

Lagipun, ini sebagai meraikan Perodua MPV Alza. Konon-konon la kan. Padahal nak main dengan keyword je lebih. Tapi siyesli, keyword ni telah membantu trafik hari ini untuk naik dengan mencanaknya. Dengan itu, rekod trafik tertinggi sebelum ini telah dipecahkan seawal pukul 1 tengah hari lagi. Kalau nak tahu berapa rekod tertinggi trafik sebelum ni, boleh semak di entri ni.

Satu lagi benda best. Yang ni aku bagi kredit kat x-po la. Aku dapat tahu pasal peraduan Saya Mahu Hadiah PTS daripada dia. Semasa baca apa yang menarik kat situ, terbaca la yang PTS sedang cari pengiklan untuk peraduan ni. Aku cuba la tempek iklan tu dan isi borang penyertaan (walaupun berkali-kali gak aku kena isi sebab masalah sistem kat laman web PTS).

Alhamdulillah, aku terpilih sebagai pengiklan. Yang bestnya, sebagai pengiklan terpilih ni, aku akan dapat satu buku percuma yang telah aku pilih awal-awal semasa isi borang tersebut. Ok la jugak, sebab hobi aku memang membaca pun. Awal Januari ni dapat buku tu. Nanti kita tengok buku apa yang sampai. Hehe…

Akhir sekali, esok paper terakhir untuk semester ni. Paper paling senang, moga-moga dapat jawab dengan baik. Sebab paper ni paling senang + jarak antara paper sebelum ni selama sembilan hari, mood nak studi tu agak pudar sikit la. Saat-saat terakhir baru terasa nak pecut. Yakin Boleh! 😛

Habis paper ni, ada masa 24 jam untuk kemaskan barang sebelum berangkat pulang lewat petang Khamis. Buat-buat rakan-rakan semua, selamat menjawab paper terakhir dan selamat menikmati cuti. Jom main air masa cuti ni. Opps, Raya Korban datang dulu kan. Jadi, Selamat Hari Raya Aidiladha!


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

beliamuda: berminat nak tengok peraduan Saya Mahu Hadiah PTS tu? Jangan lupa klik gambar di atas tu atau gambar yang ada di penjuru blog ni ya~

Comments

12 responses to “Alza en el tráfico”

  1. zulfitry.com Avatar

    aku pun dah wat entri pasal alza ni kat blog aku..kau apa cer skunk? belajar kat ner?
    .-= zulfitry.com´s last blog ..Microsoft Office 2010 ~ Sudah Cuba? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zulfitry.com, aku ok je.. baru start cuti sem..

      aku blaja di UTP~

  2. zool Avatar

    Selamat berjuang..
    AKu malas nak main keyword Alza ni. Semoga ko berjaya ..
    .-= zool´s last blog ..Plagiat dan Penciplak =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zool, terima kasih.. berhasil juga.. telan bandwidth pun banyak jugak..

  3. mohdisa Avatar

    sekali tgk tajuk wat aku terkejut sahaja. blog perancis manalah aku masuk ni. haha, pasal alza rupanya. tak test drive malas nak wat review. 😛
    .-= mohdisa´s last blog ..Edisi Khas November 2009 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @mohdisa, bukan pasal Alza je.. byk sangat benda menarik berlaku pada hari tu..

      1. mohdisa Avatar

        @beliamuda, tp aku berminat pasal alza jerk. hehe
        .-= mohdisa´s last blog ..Kawan Makan Kawan? =-.

  4. nazra Avatar

    fuhhhh berbelit-belit kat dalam hati ni nak sebut tajuk entri ni 😛
    .-= nazra´s last blog ..Apabila mak suruh cari calon suami. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, nasib baik baca dalam hati kan.. hikhik~

  5. Adney Avatar

    bro.. aku x habis pekse lagi la… pekse aku minggu depan last.. huhu…untung la korang habis awal 🙁

    1. beliamuda Avatar

      @Adney, habis awal ke? lama gak la nak habis final kali ni.. papepun, all the best~

  6. […] pertama semasa hari terakhir paper final semester ini, kali kedua disebabkan insiden di KB Mall, dan semalam merupakan yang tertinggi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge