Debaran Final Exam Datang Lagi

Salam sejahtera buat semua.


Akhirnya, sem ini telah pun menghampiri ke penghujungnya. Namun, sebelum betul-betul tiba di pengakhiran 2nd Year 2nd Semester, klimaks yang wajib ditempuh dalam kronologi setiap semester – Final Exam. Minggu ini, secara rasminya bermulalah Final Exam bagi pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), kecuali pelajar trisemester.

Cabaran untuk semester kali ini berbeza sekali. Bermula dengan pengumuman pembatalan study week disebabkan cuti H1N1 pada awal Ogos selama seminggu, perubahan sistem soalan Final Exam yang memerlukan pelajar menjawab soalan tanpa pilihan dan jadual yang agak rapat antara subjek (terutamanya subjek penting).

Buat rakan-rakan sekalian, saya doakan kejayaan kita semua. Semoga keputusan untuk semester ini jauh lebih baik daripada sem lepas (buat diri sendiri) dan berjuang dengan penuh semangat di saat-saat terakhir ni, InsyaALLAH~

Berikut adalah jadual Final Exam untuk semester kali ni:

  • 11 NOV – PROBABILITY AND STATISTICS (3 Jam Kredit)
  • 13 NOV – PROCESS SAFETY AND ENVIRONTMENT (3 Jam Kredit)
  • 15 NOV – SEPARATION PROCESS (4 Jam Kredit)
  • 16 NOV – REACTION ENGINEERING (4 Jam Kredit)
  • 25 NOV – PROCESS INSTRUMENTATION (2 Jam Kredit)

Tengok betapa jauhnya jarak dengan subjek terakhir tu. Subjek paling sedikit jam kredit pulak tu. Takpelah, segalanya telah ditetapkan, kami terima seadanya.

beliamuda: akhirnya, Mengenai Penulis dimasukkan juga… silalah usha~

Comments

14 responses to “Debaran Final Exam Datang Lagi”

  1. x-po Avatar

    lmbtnya ko stat bro..hehe aku tggl 3 paper lg..abis 19
    .-= x-po´s last blog ..PENGALAMAN DI BUKIT JALIL =-.

    1. beliamuda Avatar

      @x-po, uni aku memang selalu pelik sikit dari yang lain..

  2. nazra Avatar

    lambat nya nk merdeka ye, encik belia. takpa2 gambate selagi belum habis waktunya

    🙂
    .-= nazra´s last blog ..Besar punya kau punya?! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, yeah~ usaha tangga kejayaan~

  3. zuls Avatar

    selamat berjaya bro.. ! semoga dapat 4.0
    .-= zuls´s last blog ..Twitter Advertising Untuk Kempen Politik !? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zuls, pergh.. payah kot nak dapat tu.. papepun.. TQ~

  4. ikin Avatar

    gap saye pon same jaoh.
    semoga berjaye ye. 🙂

    may theres always;
    sun shining on your days,
    bright moon for you to stares,
    twinkling stars for you to grab,
    pencils and papers for you to write,
    accessible blog for you to meddle around (hehe),
    good friends for you to lean on,
    and
    May Allah’s bless always be with you.

    Good Luck aa Encik Beliamuda..

  5. mika Avatar
    mika

    ermmm…sy dah bis dah…tp xbalek g…lmbt g..erm
    mghtg hari kat sini…gd luck xm

    1. beliamuda Avatar

      @mika, lamanya nak menghitung hari.. TQ~

      1. mika Avatar
        mika

        @beliamuda,
        besa r sy asal sabah..lagipun bnyk barang kena kemas hehehe

        1. beliamuda Avatar

          @mika, o0o.. duk Sabah… ni blaja kat semenanjung la ni?

          1. mika Avatar
            mika

            @beliamuda, ya..belajr kat semnejg..
            kat kedah..uum..tau kan..
            dah sem 5 pun hehehe senior..

          2. beliamuda Avatar

            @mika, o0o… UUM… tahu2… satu sem je beza pun.. huhu~ 🙂

  6. mika Avatar
    mika

    @mika, sy nk balek esk dah
    hati2 balik…bye salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge