Salam sejahtera buat semua.
Entri adalah sambungan daripada entri sebelumnya…
Semasa solat Jumaat, khutbah yang disampaikan adalah berkaitan H1N1. Imam mengambil peluang semasa membaca khutbah untuk mengumumkan penutupan UTP yang bermula pada pukul 3 petang. Sepanjang khutbah, Imam banyak mengingatkan tentang sebab datangnya H1N1 dan apakah yang perlu dilakukan. Kerana tiba agak lewat, saya tidak sempat untuk mendengar keseluruhan khutbah.
Selesai sahaja solat Jumaat, saya mengambil peluang untuk membuka semula elearning. Nasib saya baik sebab dapat akses masuk dan membaca sendiri notis rasmi tersebut, sebelum menyalin dan menyiarkannya dalam entri di blog ini.
Pada masa itu, keadaan semakin sibuk. Semakin ramai pelajar yang beransur-ansur keluar. Pelajar yang menaiki bas pada pukul 3 juga sibuk mengemas. Pelajar bukan Islam juga sudah siap dengan beg pakaian masing-masing dan hanya menunggu masa untuk beredar.
Sebelum keluar untuk mencari tiket, saya menerima SMS daripada sepupu yang mengajak saya untuk pulang sekali dengannya. Tanpa berfikir panjang, saya menerima jemputannya. Namun, rancangan untuk keluar masih diteruskan kerana rakan lain telah berharap kepada saya.
Kebetulan ke Taman Maju, Faris menyuruh kami (Farhan dan saya) untuk menukar minyak hitam motornya. Agak bengang sedikit di sini kerana abang yang tukar minyak hitam tu tidak memberitahu kami apabila dia telah selesai menukar minyak hitam. Selepas itu, kami ke tempat jual tiket bas semata-mata untuk melihat ramainya pelajar UTP di sana dan tiket telah habis (untuk rakan yang akan pulang ke Johor dan Terengganu).
Setelah itu, kami terus maju ke Batu Gajah. Juga ke sana semata-mata untuk melihat kakak yang menjual tiket mengunci pintu kedai. Kami tiba di situ pada pukul 4:06 petang.
Oleh kerana telah sampai ke Batu Gajah, Farhan mencadangkan kami ke Medan Gopeng pula. Mana tahu nasib menyebelahi kami. Walaupun agak jauh, kami meneruskan perjalanan dalam hembusan panas angin petang.
Alhamdulillah. Di sana kami berjaya mendapatkan tiket untuk ke Kuala Lumpur (Farhan) dan ke Kuantan (untuk sahabat yang balik ke Kemaman). Namun, sedikit hampa kerana tiket ke Kelantan telah habis untuk hari Jumaat dan Sabtu. Tiket yang ada hanyalah untuk hari Ahad.
Saya perasan yang keadaan di Medan Gopeng agak sesak. Mungkin kerana ramainya pelajar UTP di situ dan juga pelajar daripada Kolej Poly-Tech Mara Ipoh. Kami pulang setelah urusan selesai di sana dan tiba semula di UTP hampir jam 6 petang. Penat, tapi lega sebab dapat membeli tiket untuk rakan yang berharap tu.
Sementara rakan saya yang pulang ke Kelantan telah menumpang bas ke Terengganu yang bertolak pada 7 malam. Malam tersebut, saya mengambil peluang untuk rilek dan mengemas barang-barang kerana bilik akan disembur dengan bahan kimia. Sempat juga bermain bola keranjang pada malam tersebut di gelanggang baru V5.
Esoknya, kami bertolak pulang ke Kelantan sekitar pukul 9 pagi sambil menghantar rakan saya yang akan menaiki bas ke Kuantan pada pukul 10. Akhirnya, saya tiba rumah sekitar pukul 4 petang setelah melalui hari yang memenatkan itu…
beliamuda: seminggu cuti ni, banyak boleh dibuat.. tapi apa yang nak dibuat tu ya? [cuba teka siapakah sahabat-sahabat yang disebutkan di atas]
haha..cuti yang membawa kalut dan keletihan?
saye tengok tv hari jumaat tu, khutbah jumaat kat masjid manetah..masjid negara@ masjid putrajaya, saye pon xpasti tapi khutbahnye tentang h1n1 juga..
saye yang kat uum pun cuti juga, tapi taklah kalut dan letih..ekeke..relax je..saye xbalik pon..tu yang xkalut cari tiket..heheh. enjoylah cuti anda, sebab ia sebenarnya waktu yang amat singkat. 🙂
.-= ikin´s last blog ..di sebalik aku: lelaki tempat aku bersandar =-.
@ikin, sebab kena balik tu lah yang jadi kalut.. tambah2 ada kena hantar tugasan pada hari tersebut, kelas masih berjalan seperti biasa sehingga ke saat-saat terakhir + lecturer bagi lagi tugasan lain…
wahh, seronok cuti bro,xde kalut sgt pon. kolej aku xdpt cuti pon. tak terjebak lagi dgn h1n1.heheh
.-= naz´s last blog ..Demonstrasi demokrasi versi basi =-.
@naz, semoga tak terjebak la..
nampaknya penceritaan aku kurang sampai.. suasana sebenar lebih kalut daripada apa yang aku ceritakan… :p
ooo yeahh…
im home.. finally
.-= irsyad´s last blog ..Minggu pertama di UTP =-.
guane lop ngan cuti raya?eh eh..
.-= hakim´s last blog ..Backup Files from Dead Windows Computer =-.
@hakim, tu la.. dia tarik cuti yang mana ya? aku harap dia tarik cuti hujung tahun la.. tak de guna ambik cuti raya.. student lari gok.. haha.. ke guane?
Pingback: Debaran Final Exam Datang Lagi | beliamuda {dot} com