Perlukah Saya Memiliki Akaun Facebook?
Salam sejahtera buat semua.

Sejak kebelakangan ni, semakin ramai rakan-rakan yang mempunyai akaun di Facebook (FB). Tidak kiralah rakan-rakan satu jurusan mahupun rakan-rakan zaman persekolahan. Tidak kurang juga cikgu yang pernah mengajar saya suatu masa dulu.
Beberapa minggu lalu, saya ditunjukkan profil FB kepunyaan seorang rakan. Terus, dia mengajak saya untuk turut sama mempunyai akaun FB. Keesokannya, seorang lagi rakan menunjukkan profil FBnya. Dia pun turut sama mengajak saya.
Entah kenapa susah sangat saya nak buat akaun FB ni. Mungkin sebab dah ada akaun Friendster (FS) kot. Sejak akhir-akhir ini, makin ramai rakan yang beralih arah ke FB menyebabkan FS ditinggalkan lesu. Saya sendiri pun semakin jarang membuka akaun FS.
Beberapa hari lalu, semasa sedang berbual dengan adik saya, dia menyatakan yang dia pun dah ada akaun FB. Baru je aktif di Internet. Padahal, akaun FS pun dia baru ada, sekali dah ada akaun FB. Adik saya yang seorang lagi pun dah ada jugak.
me: ni duk baca manga ko?
me: ko wat gpo
Ani: duk ym ke ni
Ani: hahahaha
Ani: bleh gok
Ani: ni tgh duk fb
Ani: heheheh
me: facebook?
me: ado ko?
Ani: ado
Ani: abe ado?
me: haha
me: mne ado
Ani: mete2 la dy ado blog
Ani: huh
me: haha
Facebook Milik Yahudi?
Isu FB merupakan kepunyaan Yahudi menjadi perdebatan antara mereka yang mempunyai akaun FB. Mark Zuckerberg, merupakan seorang Yahudi dikatakan turut sama terlibat dalam pembiayaan kempen Zionis di Palestin. Saifulislam sendiri ada mengulas isu ini.

Oleh kerana isu ini, ada juga rakan yang mempunyai akaun FB terus sahaja menutupnya. Ramai juga yang timbul rasa ragu-ragu untuk membukan akaun di FB. Majalah Al-Islam sendiri ada mengeluarkan artikel “Zuckerberg guna Facebook untuk bunuh penduduk Palestin” keluaran September 2009.
Dalam keadaan ini, serba salah juga rasanya untuk mempunyai akaun di FB. Ada lagi tuduhan menyatakan FB digunakan sebagai medium untuk mengintip seluruh umat manusia di dunia ni. Katanya, sistem FB yang canggih ini disokong oleh badan perisik Amerika, CIA.
Sebagai info, Internet sendiri merupakan satu jaringan rangkaian yang dibina daripada ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network). ARPANET ini dibina oleh United States Department of Defense semasa Perang Dingin, tetapi kenapa tiada pula yang menuduh ini sebagai satu medium pengintipan, sedangkan jaringan Internet itu sendiri mempunyai masalah yang lebih banyak dan berisiko tinggi?
Kelekaan Menggunakan Facebook
Facebook turut dikaitkan dengan ketagihan penggunaan. Ini disebabkan oleh aplikasi, permainan dan kuiz yang kebanyakannya tidak membawa apa-apa faedah. Ramai yang membazir masa menghadap FB semata-mata untuk bermain permainan yang disediakan.

Ini merupakan salah satu faktor yang mungkin menjadi penghalang kenapa saya malas sangat nak buka akaun FB. Tapi, seperti yang diketahui rakan, saya bukannya seorang yang mudah ketagih dengan permainan komputer. Kelekaan penggunaan FB secara berlebihan boleh membawa kepada hukum HARAM (sila rujuk artikel di Saifulislam).
Berhubung dengan Rakan-Rakan
Salah satu sebab utama kenapa saya oleh diajak rakan untuk mempunyai akaun FB adalah sebagai medium perhubungan. FB, sebagai salah satu rangkaian sosial yang popular di dunia menjadikan ia sebagai satu medium yang sangat ideal untuk berhubung.
Saya sebenarnya lebih aktif di Twitter (tangga kedua penggunaan rangkaian sosial). Tapi, tak ramai pulak kawan-kawan yang aktif di sana. Mungkin sebab twitter ni hanya ada ayat-ayat dan huruf-huruf sahaja, menjadikan ia kurang diminati. Bagaimanapun, Twitter telah menjadi antara medium sebaran berita yang pantas.

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca, jika kata kunci “Muhammad Hanifi” dicari di Google, dua hasil carian teratas dimiliki oleh saya. Kedudukan ketiga barulah dimiliki oleh seseorang yang mempunyai nama hampir serupa di FB. Kebanyakan hasil carian di muka pertama ini merujuk kepada saya. Mungkin sebab nama ni jarang digunakan…
beliamuda: mohon pendapat rakan-rakan dan pembaca dalam hal ini…




salaam sdr.
ntah ek.. camne nak jawab..
saya juga turut memiliki akaun facebook tapi lebih kepada jaringan sosial sahaja. saya lebih kepada meaksimumkan penggunaan weblog saya.
faizulamin´s last blog ..Huhuh! Adrenalin mengalir deras menonton Phobia 2
[Reply]
facebook kalu guna too much memang melalaikan..sbb semuanya ada..chat, comment(gosip) dan yg paling orang suka game a..tu yg kerajaan block facebook ni..takut produktiviti terjejas..
kalu nk keep in touch dgn kengkawan tu ok je..tapi wat masa sekarang, blog lagi berfaedah dari social network..
fit´s last blog ..I DONT’ WHY, I CAN’T KEEP MY EYES OFF OF YOU…
[Reply]
saya pun ada akaun facebook gak , tapi memang tak suka guna facebook, guna twitter lagi simple dan berbaloi.
zuls´s last blog ..Twitter Advertising Untuk Kempen Politik !?
[Reply]
salam nipi..
hurm..
kes facebook
memg ramai da menggunakan mende alah ni sbg medium perhubungan..
tapi aku rasa,hp ada,ym ada ,fs ada,gtalk ada,skype ada
tak ke sume tu medium perhubungan juga??
pendapat orang memang lain2..tp insyaallah aku dgn stand aku sndri..
da pernah ada akaun fb lu,aku rasa xde pape pn yg berubah..hanya aku yg berubah dgn mengadap laptop lebih lama dan tgelak sorang..
cmni lah yg yahudi nk…agar umat Islam sentiasa leka..menjauhi al Quran..
kt blog aku ada gak cte pasl mende ni,dan ramai menolaknya dengan menggunakan hujah ustaz hasrizal..bukn aku menafikan kebenrannya,tp statement dia boikot mengharamkan apa yang halal cm kurang stuju a..walhal ulama yusuf qhardawi membenarkan boikot tentang isu bkaitan palestin..ikhwah kita tu..
aku ada wt research skit pasl mende ni..ni la yg aku jumpa
http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2421027
http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2117027
ni je aku mampu wat,sapa yg baca komen ni,sama2 la kita fikir..pk kn juga tentang nasib saudara kita di Palestin..wallahuallam
[Reply]
suka ja guna fesbuk.. ehehehe
Jard´s last blog ..Nasi Ayam Pantai Dalam
[Reply]
aku kah kawan mu itu?
keh3
[Reply]
beliamuda Reply:
November 16th, 2009 at 9:09 PM
@hazwan, haha.. mung la salah seorang daripadanya…
[Reply]
FB tu bagus sebab dpt cari kenalan. terutamanya nk connect ngn ex-classmate, ex-coursemate, ex-Unimate..
kalau bab game tu, naz rasa paling sesuai, jgn main semua tu. memang melekakan yg amat sangat.
tepuk keyboard, tanya minda

nazra´s last blog ..Besar punya kau punya?!
[Reply]
ohh..encik hanifi..
mungkin perlu, mungkin tidak jugalah.
sayapun ada fb. tapi cuma log in waktu yang perlu sahaja. ada banyak kuiz, course dan sebagainya, buat membanyakkan emel jer.. sumenye saya ignore-kan.
tujuan utama mempunyai facebook cumalah berhubung dengan kwn2 yang dikenali jer. kwn2 lama.
kalau nak wujudkan, boleh je. tapi pandai2lah hadkan penggunaan. dah ada blog pun dah cukup sibuk.
gunakan facebook sebagai elemen dakwah, mungkin?
[Reply]
tak tahulah yg israel2 tu.. tapi aku guna untk brhbg je, ya hp ada, ym ada, tapi kadang2 tak smua org kita ada kat ym, kat hp.. org yg aku tak add kot ym gtalk aku contact kot fb..
bab melalaikan tu, yelah salah kita yang lalai, jangan salahkan bnda lain plak.. aku bukak fb pun jarang2 je time ada masa bukak..
so klau nak guna untuk kebaikan guna jelah.. kalau tak nak bagi duit kat fb, jangan klik iklan tu, sbb tu sumber duit dia.. tu je..
satu lagi aku rasa yg bwt dia tu yahudi yg tak amalkan israel.. klau ikut wikilah tak tahu gak.
[Reply]
aminbaek Reply:
November 10th, 2009 at 3:37 PM
@izzat aziz, hurm..ada klik link yg saya berikan di atas x??mayb ramai yang tak tahu,AIPAC(America Israel………)merupakan organization yg sbenarnya mengetuai Amerika..menguasai segala tindakan Amerika..dan Aepi merupakan pecahan AIPAC..yahudi tak amalkan israel??israel bukn suatu amalan..israel adalah sbuah “kononnya negara”..salah skit kot ayat tu..mayb leh dperbtol kn skit..
[Reply]
aminbaek Reply:
November 10th, 2009 at 3:42 PM
@aminbaek, —nk tambah lg skit,”kadang2 tak smua org kita ada kat ym, kat hp.. org yg aku tak add kot ym gtalk aku”
rasanya klu nk suh add leh je kn..kita cari la emel dia..nk no hp dia,kita tnye la kwn2 kita..rasanya klu tnggu cmtu jek,memang a tak de..
izzat,nk mintk maaf,bukn nk membangkang,tp inilah pe yg dirasakan..klu kita ske or nk mende tu,kita akan pertahankn,wpon kadang2 alasan kurg munasabah..afwan..
[Reply]
izzat aziz Reply:
November 10th, 2009 at 3:59 PM
@aminbaek, takpe everyone bleh bagi pendapat, aku just share yg aku pk
belum dan tntu btol. period.
[Reply]
berfikirlah secara matang…tidak perlu ikut orang dalam membuat keputusan…..
syin´s last blog ..Chelsea vs Manchester United
[Reply]
kawe ad je akaun fb tp mmg jrg bkk,,skli sbln tu kire ok la klu kawe bkk,hehe
[Reply]
Tidak dinafikan sememangnya ramai yg memiliki akaun facebook. Namun kena pandai “take care your self”. Saya ada lihat beberapa profile kawan2. Dimana mereka letakkan banyak info mengenai dirinya pd FB. Seolah2 FB ni rumah dia.
Belum masuk bab gambar dan menggunakan (Nama sebenar). Lebih baik mereka gunakan nama samaran utk ber FB.
Biarpun mereka yang telah buat FB sebelum ini dan terus delete. Sy tidak percaya yang Data tersebut 100% di buang. Ia dibuang pada penglihatan kita (sahaja) pada pangkalan data (Database) mereka masih menyimpan.
Namun awas! Perkara ini perlukan kajian dengan lebih mendalam lg, ada benarnya di sebalik FB ini ada ISRAEL, CIA.
Nikuve´s last blog ..Music No Limit: punca Islam sukar bangkit di Malaysia
[Reply]
aku wat FB sbb nak join contest je..haha
x-po´s last blog ..DALAM DILEMA, APA NAK BUAT NI?
[Reply]
beliamuda Reply:
November 16th, 2009 at 9:31 PM
@x-po, ko mmg suke join contest kan.. huhu~
[Reply]
ha dah menjadi phenomenon ni
aku ader create tp x bape aktif sangat
byak colleague aku yg dah masyuk ngan fb ni
dri ofis bwk ke rumah
aku x larat nak layan fb,blog,twitter
kadang2 guna jek
[Reply]
oooo…org kelate rupanya belia muda ni dih…
hehe kim salam ko ani tu deh..
hehehe….
p/s:ambo pun guna fesbuk, tp x aktif lah mano…
[Reply]
beliamuda Reply:
November 16th, 2009 at 9:34 PM
@milsum, aish… nnti kawe sampaikan..
[Reply]
tengok warna FB…tulisan putih,,,warna background biru..ada kaitan ngan warna yahudi..FB patut kena tinggal…sb banyak sangat benda lara..kwn ak tak gi kelas semata2 FB…mmg salah diri sendiri…tapi ia macam satu strategi nak jatuhkan umat islam…cuma dikaburkan utk tujuan sosial,tujuan apa2 ja lah…
[Reply]