Salam sejahtera buat semua.

Kali ini aku menulis entri peribadi pulak. Aku tulis benda-benda pelik kat sini, rumet aku pulak kata takde mood dia nak baca. Aishh… (^_~).
Jadi, sempena meraikan dia dan aku yang rasa nak menulis entri peribadi, jadi aku tulis je la kan. Kalau minggu lepas aku cuti seminggu sebab ada orang bersin keluar virus H1N1, minggu ni UTP dah beroperasi balik.
Aku tiba di UTP pada hari Sabtu, sekitar pukul 4 bersama sepupu aku. Tempat pertama yang mesti pergi ialah Main Hall sebab ada screening test untuk H1N1. Aku melangkah masuk je la dengan selamba masa tu. Orang pun tak ramai. Sepupu aku elok je lepas masa ujian tu.
Bila sampai giliran aku, suhu pertama yang dicatat – 37.5 celcius. Katanya dah tinggi. Ambil bacaan kedua. Orang tu kata suhu makin naik. Aish.. Aku dah risau dah masa tu. Kan tak pasal-pasal kena kuarantin. Aku cakap la yang aku baru sampai.
Jadi, orang tu suruh aku duduk dulu di kawasan isolasi. Lepak kat situ dengan geng-geng yang juga turut ditahan sementara menunggu untuk dipanggil semula. Ada la dua tiga orang yang kena tahan masa tu.
Lepas tu, orang tu panggil balik dan Alhamdulillah, suhu dah turun ke 37.3 dan dapat kad pengesahan lulus ujian H1N1. Barulah aku beredar ke bilik dengan letihnya…
Dua hari kemudian, setelah dinner, tubuh aku tiba-tiba rasa sangat letih + rasa panas sikit. Jadi, malam tu aku tidur awal meninggalkan asemen yang perlu dibuat. Bangun esoknya, tubuh masih panas. Aku ambil panadol dua biji. Rupa-rupanya dah nak habis bekalan panadol aku. Kalau gi klinik sah-sah dia suruh kuarantin.
Alhamdulillah, aku makin sihat keesokannya (semalam la tu). Tapi, aku terkejut sangat semalam. Terkejut sebab empat orang rakan satu jurusan mesej aku di Gtalk. Semua tanya pasal asemen. Setiap orang tanya pasal asemen berbeza. Yang mana setiap satu tu aku langsung tak siap. Stress giler kot.
Rasanya salah seorang yang bertanya semalam sudah salah faham. Stress. Itu memang. Tapi, aku tidak salahkan mereka-mereka yang bertanya. Sebaliknya, aku sangat hargai. Aku cuma salahkan diri aku yang menangguh dalam melaksanakan sesuatu urusan. Dengan pertanyaan mereka itulah aku dapat melakukan urusan aku dengan lebih pantas. Tambahan, aku jenis yang bekerja lebih pantas dibawah tekanan.
Dan Alhamdulillah sekali lagi setelah dimulakan dengan bismillah, aku berjaya menyiapkan asemen yang perlu dihantar segera. Bukan tiru orang ek. Buat sendiri! Nasib baik juga sebab empat daripada pensyarah aku tiada sepanjang minggu ini sebab pergi conference nun jauh di Malaysia Timur.
WP 2.8.4 dan Google Doodle Hari ini
Hari ini, WordPress 2.8.4 telah dilepaskan. Versi kali ini membetulkan masalah reset password yang dilakukan oleh pengguna tidak bertauliah. Agak annoy juga bila selalu password WP tu kena reset dek manusia mangkuk hayun.

Hari ini juga ada satu Google Doodle iaitu The Perseids. Korang tengok je la gambar tuh.
beliamuda: serius memang makin sibuk. Asemen dan lab report memang pasti ada setiap minggu. Bukan satu, tapi lima asemen + 2 lab report.
Leave a Reply