Aku yang semakin sibuk

Salam sejahtera buat semua.

Image056

Kali ini aku menulis entri peribadi pulak. Aku tulis benda-benda pelik kat sini, rumet aku pulak kata takde mood dia nak baca. Aishh… (^_~).

Jadi, sempena meraikan dia dan aku yang rasa nak menulis entri peribadi, jadi aku tulis je la kan. Kalau minggu lepas aku cuti seminggu sebab ada orang bersin keluar virus H1N1, minggu ni UTP dah beroperasi balik.

Aku tiba di UTP pada hari Sabtu, sekitar pukul 4 bersama sepupu aku. Tempat pertama yang mesti pergi ialah Main Hall sebab ada screening test untuk H1N1. Aku melangkah masuk je la dengan selamba masa tu. Orang pun tak ramai. Sepupu aku elok je lepas masa ujian tu. Continue reading