Salam sejahtera buat semua.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempelawa para pelajar yang sedang menuntut di peringkat ijazah sarjana muda dan tidak mempunyai sebarang penajaan untuk memohon biasiswa yang ditawarkan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Tawaran
-
Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA.
-
Sedang mengikuti salah satu daripada pengajian peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang-bidang berikut;
-
Perniagaan
-
Teknologi Maklumat
-
Kejuruteraan
-
Sains kecuali perubatan, farmasi, pergigian dan veterinar
-
Syarat Kelayakan
-
Tawaran biasiswa ini adalah terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar yang baru memulakan pengajian dalam semestar satu pada tahun satu.
-
Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.50 pada semestar yang terakhir.
-
Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
-
Tiada adik-beradik yang telah atau sedang mendapat bantuan pelajaran daripada PNB.
Permohonan
-
Borang boleh dimuat turun di laman web PNB, Borang Permohonan Biasiswa Dalam Negara.
-
Semua dokumen yang berikut perlulah disahkan dan dilampirkan bersama;
-
Salinan slip keputusan peperiksaan setiap semestar.
-
Salinan kad pengenalan.
-
Salinan slip gaji bulanan terkini (tahun 2009) bagi bapa/ibu/penjaga atau Borang EA atau surat pengesahan pendapatan dari pihak berkuasa berkenaan.
-
Salinan rekod ko-kurikulum.
-
Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti atau surat pengesahan sebagai pelajar dari pihak Hal Ehwal Pelajar universiti.
-
-
Borang permohonan dan semua dokumen tersebut di atas hendaklah dihantar kepada;
-
Ketua,
Jabatan Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Penilaian Prestasi dan Pendidikan Bersepadu,
Tingkat 38, Menara PNB,
201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
-
Maklumat Dan Pertanyaan
Sila rujuk laman PNB atau hubungi PNB, Rukiah A. Samad di talian 03 2050 5846, 03 2050 5545 atau faks 03 2050 5845 atau emel edd@pnb.com.my untuk sebarang maklumat tambahan atau pertanyaan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan ialah 31 Ogos 2009.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ujian dan temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
beliamuda: kredit penuh diberikan kepada ePutra.
salam..for 2010 punye xde kew??