Pergi Tak Kembali

Salam sejahtera buat semua.

Ustaz-Asri_Pergi-Tak-Kembali

Sejenak terleka di makmal bersama rakan hari ini, aku dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri. Buka sahaja twitter, kebanyakan rakan di twitter telah tweet berkenaan kematian Ustaz Asri. Ustaz Asri yang dikenali ramai ini merupakan vokalis utama kumpulan Rabbani, salah satu daripada kumpulan nasyid terhebat tanah air.

Berikut adalah petikan berita daripada Berita Harian Online.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Rabbani yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dan melibatkan kumpulan nasyid yang punyai ahli yang ramai iaitu 9 orang. Kumpulan nasyid tersebut punyai keunikannya yang tersendiri dan punyai peminat yang ramai.

Popularitinya meningkat mendadak melalui lagu-lagu nasyid popular mereks seperti Maulana, Qiblat, Intifada, Nawaitu, Iqrar dan banyak lagi. Memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah AIM, Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan banyak lagi.

Di bawah ini ialah video lagu Pergi Tak Kembali. Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Petikan kata-kata daripada blog Ustaz Asri.

Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…

beliamuda: kerana mati itu pasti, hidup InsyaALLAH…

20 thoughts on “Pergi Tak Kembali

    • @p.I.S.y.E.k, rasanya macam Raihan kot.. bila Nazrey Johani keluar, diaorang cari pengganti lain.. tapi pengganti itu tetap tak sama dengan yang asalnya…

      kita tunggu dan lihat je la..

  1. sekolah aku ade program ngan rabbani,tpi dah jd mcm ni,every cancel,kad jemputan tu ade lagi aku simpan,wat kenangan.
    alfatihah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge