UNIC – Hanyut

UNIC_Langkah Tercipta

Lagu ‘Hanyut‘, salah satu daripada empat lagu baru dalam album terbaru UNIC, Langkah Tercipta. Lagu ini mempunyai rentak yang mengasyikkan dan lirik yang menarik. Aku berkesempatan untuk menyalin lirik ini, memandangkan lirik lagu ini belum lagi disebarkan dalam Internet. Ada beberapa bahagian dalam lagu ini yang agak susah untuk ditangkap ayatnya, namun setelah hampir semingu berusaha menyalin semula lirik itu berserta bantuan daripada Nur Akmal, aku berjaya melengkapkan salinan lirik tersebut. Kepada pembaca blog ini yang turut mendengar lagu ini, sila komen tentang lirik ini. Kalau ada mana yang salah tu, silalah jangan segan silu untuk beritahu. Mohon bantuan ya.

UNIC – Hanyut

Cipta dari segumpal darah,
Jelma seraut wajah,
Rahsia agungnya kudrat Tuhan,
Dan dihembuskannya nyawa,
Diikatkan janji tunduk hanya kepada-Nya.

Namun hakikatnya hidup,
Sarat pesona dusta,
Dugaan tuk menguji kehambaan,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
Selain perlindungan-Nya.

Berkurun terukir sejarah alpa,
Manusia dihanyut indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya,
Hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
Tak sedar langkahmu tika sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Lebur fatamorgana.

(Ulang rangkap 2, 3 dan 4)

Telah disuluhkan laluan,
Diberi segala pedoman,
Teriring akal dan fikiran,
Mengapa kehilangan?

Telah tertulis pengakhiran,
Pada selembar takdir insan,
Jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga,
Itu yang dijanji syurga.

(Ulang rangkap 3 dan 4)

beliamuda: Ada bahagian dalam lirik yang aku tak masukkan. Kalau ada yang sudi tulis, boleh masukkan di bahagian komen. Sila ke sini untuk lirik lagu Langkah Tercipta.

8 thoughts on “UNIC – Hanyut

  1. Pingback: Minggu yang sukar « beliamuda

  2. Posted on 16.10.2009 11:39 Peraturan & Etika Forum

    Hanyut
    Album : Langkah Tercipta
    Munsyid : UNIC
    http://liriknasyid.com

    cipta dari segumpal darah,
    jelma seraut wajah,
    rahsia agungnya kudrat Tuhan.

    Dan dihembuskan nyawa,
    diikatkan janji,
    tunduk hanya kepadaNYA.

    *Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
    dugaan tuk menguji kehambaan,
    tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
    selain perlindunganNYA.

    Berkurun terukir sejarah alpa,
    manusia dihanyut indah yang fana,
    terlupa pada fitrah wujudnya,
    hanya ditaraf hamba.

    Tenggelam pada bisikan dunia,
    tak sedar langkah mudik ke sengsara,
    tergoda pada hasut sengketa,
    rebut fatamorgana.

    repeat (*)

    Telah disuluhkan laluan,
    diberi segala pedoman,
    seiring akal dan fikiran,
    mengapa kehilangan.

    Telah tertulis pengakhiran,
    pada selembar takdir insan,
    jiwan yang penuh penyerahan,
    Itu yang dijanji syurga.

    repeat (*)
    rebut fatamorgana 3x

  3. lirik lagu tu memang ‘rebut fatamorgana’. fatamorgana, sesuatu yang tak nyata, hanya ilusi air di tengah panas terik. tapi itulah yang direbutkan. macam tu jugalah material di dunia nie, hanya ilusi, tak perlu direbut sebab semuanya fana. Allah dah berfirman yang setiap makhluk ada rezeki masing2. tapi kena cari, bukan rebut. dan dek kerana terlalu asek berebut, kita sampai hanyut dan leka sampai akhirnya terlupa ada kehidupan yang lebih penting dan abadi untuk direbutkan.. AKHIRAT. Wallahu’alam… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge