Lirik Lagu Langkah Tercipta – UNIC

computer_worm

UNIC baru sahaja mengeluarkan album terbaru mereka yang bertajuk “Langkah Tercipta”. Aku belum berkesempatan untuk mendapatkan album ini lagi, namun lagu “Langkah Tercipta” telah mula tersebar. Aku berusaha mencari lirik lagu tersebut, namun tidak ketemu. Maka, aku mengambil inisiatif untuk menyalin semula lirik tersebut daripada lagu yang didengar. Kalau ada sebarang kesilapan, sila maklumkan.

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Comments

8 responses to “Lirik Lagu Langkah Tercipta – UNIC”

  1. rue Avatar

    wah semngt salin..

    1. beliamuda Avatar

      saja mengisi masa lapang di rumah.. hari terakhir kat rumah sebelum sambung berjuang balik… lepas ni akan jadi dua bulan yang sangat sibuk…

      p/s: banyak kali juga aku ulang dengar, terutama bahagian yang tak jelas…

      1. nurul putri saheera atika Avatar

        asalam… ne saya nak komen ni mengisi masa lapang dirumah 2 memang baik.tapi ada sesetegah orang yang mengisi masa lapang dekat rumah dengan melepak,suka main gitar,dan lain2 jadi saya igin tahu adakah awak penah menolong ibu bapa awak dekat rumah atau sebaliknya.

        1. beliamuda Avatar

          @nurul putri saheera atika, masakan tidak pernah. sebagai Along, tanggungjawab menolong ibu bapa jatuh kepada saya dulu.

  2. […] beliamuda: Ada bahagian dalam lirik yang aku tak masukkan. Kalau ada yang sudi tulis, boleh masukkan di bahagian komen. Sila ke sini untuk lirik lagu Langkah Tercipta. […]

  3. nur atikah Avatar

    salam… kalau macam saya.saya suka mendegar lagu nasyid.sebaba bai saya lagu nasyid ini memang membuat kan saya tenag.
    bagi saya lagu nasyidinilah jiwang iyanya sedap didegar.terutama sekali lagu nasyid unic yang terbaru.saya minat sagat lagu unic.

  4. Siti Raidah Binti Laiman Avatar
    Siti Raidah Binti Laiman

    Salam ‘alaik…
    x dnfikn lgu2 unic yg trbru sume best2..
    byk input2 yg bley djdkn pngajarn & pnduan…
    jka dhayati stiap bait2,ia mMpunyai mkne yg trsndi yg cbe dsmpaikn oleh pnulis….
    sbgai pndengr,scr x lgsg ia mNjd tguran,nsihat,pringatn 7 sbgainy…
    tp wlucmNe pn sy msh mncri2 album trbru unic d psaran…
    cz smpai hri ni x jmpe2 lg….
    wt abg isma,syabas d ucpkn….
    TROSKN PRJUANGAN ANDA…
    INNALLAHA MAANA WA INNALLAHA MA’ASSOBIRIN…

  5. aisya aqiela Avatar
    aisya aqiela

    terbaek!!!!!!!! :):):0 LANGKA TERCIPTAAA…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge