Sepanjang hujung minggu yang lepas, aku mengalami beberapa masalah yang menyerabutkan kepala otak aku. Hujung minggu yang sepatutnya diisi dengan aktiviti santai, tambahan pula terdapat satu hari cuti tambahan, seakan menjadi igauan buruk buat aku.
Masalah bermula apabila server yang mnghoskan blog aku down secara tiba-tiba. Dan-dan pula dia down tu masa aku nak balas komen dalam entri terbaru aku. Terkejut beruk aku. Aku cuba buka blog Hakim yang juga dihoskan oleh syarikat yang sama. Boleh je blog dia aku buka. Lancar pulak tu. Aku dah gelabah dah masa tu. Aku cuba pulak buka laman web syarikat tu. Pun tak dapat jugak. Akhirnya, aku YM terus dengan technical support. Server yang digunakan untuk hoskan blog aku terpaksa ditutup (server baru), kerana ada masalah dengan IP (kena senarai hitam katanya). Oleh itu, segala isi perut server itu terpaksa dipindahkan ke server yang lain. Agak lama jugaklah sebelum blog aku dapat diakses semula.
Pagi keesokannya, iaitu hari Ahad, molek saja aku buka blog aku. Masa tu semua ok je. Malam sebelum tu, aku dah muat turun fail backup. Mana la tahu ada masalah yang serius pula ke lepas ni. Kemudian aku keluar ke Ipoh bersama Hakim dan Irsyad. Niat aku keluar tu sebab nak dapatkan kasut sukan yang baru. Tapi, yang berkenan di hati pulak takde. Alang-alang dah keluar, aku cari la benda yang berguna untuk dibawa pulang. Aku beli la cooler untuk laptop aku. Sampai sahaja di bilik sebelah petangnya, aku dah mula rasa tak sedap badan. Rasa nak demam la pulak.
Esoknya, sahlah aku demam + batuk + selsema. Pakej lengkap la aku katakan. Hilang konsentrasi aku nak belajar. Nasib baik hari Isnin tu cuti. Sepanjang pagi tu, aku tidur je untuk memberi peluang kepada badan melawan virus dalam tubuh. Aku jadi sedikit segar di sebelah petangnya. Hari Selasa, aku ada kuiz Separation Process. Mamat dan Syazwan nak datang bilik aku untuk salin nota sambil bertanya tentang subjek tersebut. Disebabkan aku agak tidak sihat, aku tidak dapat memberi bantuan seperti yang mereka inginkan. Terumatanya Syazwan.
Kebetulan pula, masa dia datang tulah, aku dapat tahu dua entri terbaru dalam blog aku lesap begitu sahaja. Dua entri itu; “UNIC – Hanyut” dan “Dedikasi kepada Rakan Blogger – Edisi April 2009“. Paling sayang, komen tak dapat diselamatkan. Komen berharga daripada rakan-rakan blogger yang aku sebut dalam entri dedikasi tersebut telah hilang begitu sahaja. Terkilan pulak rasanya. Backup yang aku muat turun beberapa hari lepas juga tidak mengandungi dua entri terbaru tu. Dengan hati yang berat, aku merelakan semua yang terjadi…
beliamuda: kepada Syazwan, maaflah sebab aku memang tengah jam masa tu. Bukan tak nak tolong. Cuma kamu datang pada masa yang tidak tepat. Maaf sekali lagi… Minggu ini, ada tiga test yang datang menerjah – Strength of Materials, Basic Arabic Communication, dan Numerical Methods. Dua dah tumpas, tinggal satu je lagi…
hoho~ sabar2..klu Allah nk uji 2 Die uji jugak..hee~
eh amek arab gak eh..ala sng jew an?? 😛
tu la.. nasib baik dapat kawal lagi perasaan pada masa tu… huhu~~
arab senang je.. zzz~~
patut pun asyik tido je.. aku naik terpengaruh
huhu
kalau bab aku tidur, cepat je ko terpengaruh…
Reborn said, good things happen after you are in pinch…
wah2… sebijik macam ayat anime ni…
Dah memang ayat tu dipetik dari anime Hitman Reborn, memamng la jadi ayat anime
sabar je..
tu ade kat bwh tu.. 🙂
apa yang ada kat bawah?
Assalamualaikum, admin… nk tnye sket…
mcm mane anta bleh dpt web domain .com hnye dengn sistem WordPress? anta ckp ade pkai server.. bleh tau x URL server hoster tu? kalo ade la…
thnkz
Salam.
Domain da hosting adalah dua benda berasingan. Biasanya, dalam pakej yang ditawarkan syarikat hosting, pendaftaran domain mempunyai yuran pendaftaran yang berasingan.
Untuk wordpress ni, boleh download daripada http://www.wordpress.org. Selepas download, barulah boleh diupload ke server yang kita akan gunakan untuk hoskan web atau blog kita. Kalau bab yang ni, boleh rujuk di web wordpress itu sendiri.
Untuk pembelian hosting, ada banyak penyedia yang ada di Malaysia. Yang saya gunakan sekarang ni, adalah hosting murah, so servisnya pun agak kurang memuaskan sikit la.
Ini adalah laman hosting yang saya gunakan sekarang >> http://www.tnn.com.my atau http://www.tnnhosting.com. Satu lagi hosting murah yang saya tahu ialah sepaku hosting. Kalau anda inginkan servis yang jauh lebih baik boleh mencuba serverfreak, datakl, fivio ataupun exabyte.
Diharap, penjelasan serba ringkas ini banyak membantu.
ps: anda juga boleh menyemak emel anda. TQ