Dedikasi Kepada Rakan Blogger – Edisi April 09

Salam dan Hi untuk semua.  Beliau telah menganugerahkan aku dengan Friednship Award – The Best Blogger. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan rakan-rakan blogger yang lain di samping memberikan pautan ke laman mereka. Buat masa ini, aku masih belum lagi menyediakan satu halaman khas (baca: page) sebagai pautan ke blog-blog rakan-rakan sekalian. Untuk entri kali ini, 10 rakan blogger telah aku senaraikan dengan penerangan yang serba ringkas mengenai mereka.

blogger_award

Luqman Hakim – Ini adalah rumet saya. Saya pun tidak tahu tujuan asal dia mula berblog. Di awal kemunculannya, dia telah mengisytiharkan kemunculan “penampalposter”. Mula-mula tu aku ingat itu adalah tugas dia untuk Heart 4 Islam 2009. Rupa-rupanya blog dia.

Faris Roslan – Sahabat aku sejak daripada Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa (MRSM PC) sehinggalah kami sama-sama masuk ke Universiti Teknologi Petronas (UTP). Turut sama mengambil jurusan yang sama iaitu Kejuruteraan Kimia. Faris merupakan seseorang yang mempunyai bakat kepimpinan. Kemunculan blog dia seiring dengan kemunculan blog aku (blogspot), namun dia lebih aktif menulis pada masa tersebut. Tapi sekarang, aku lebih aktif sebab dia pun dah semakin sibuk. Isi utama blog dia ialah tentang agama dan isu semasa.

Hazwan Arif – Mula berkenalan dengan beliau apabila memulakan pengajian di UTP. Tapi aku tidak pasti bilakah aku mula rapat dengan beliau. Antara rakan yang memberi inspirasi untuk aku menulis semula di blog. Terima kasih di atas anugerah kepada aku.

Cik Irda – Salah seorang rakan sejurusan di UTP. Isi blog gadis kecil molek ini lebih kepada personal matters. Suka membaca tulisannya kerana ia memang datang terus daripada hatinya. Ya tak Irda? Huhu~~. Tapi sayang, blognya tiada suapan, maka aku terpaksa sentiasa melawat blognya untuk melihat entri terbaru. Antara rakan yang memberi inspirasi untuk aku menulis semula di blog. Komen dia sebelum aku mula menulis semula – “takkan gambar ikan senyum tu je?” (kat mana dia komen ni ya?).

Hakim Alias – Juga rakan di UTP. Kerana dialah aku meneruskan niat untuk bebas daripada blogspot. Sebelum menggunakan domain sendiri, dia berblog di WordPress.com.

Nur Akmal – Rakan dari MRSM PC. Mula kenal dengan dia semasa berada Tingkatan Lima ketika kem biologi. Kami berada dalam kumpulan yang sama. Antara rakan yang selalu memberikan komen untuk setiap entri. Sedang belajar di India dalam bidang perubatan (rasanyalah).

Mursyidah – Rakan maya. Mula kenal dengan dia apabila dia berminat untuk menyertai MyMode di bawah aku. Sedang menuntut di UIAM.

Amin Baek– Rakan di UTP dalam jurusan yang sama. Seorang yang memang baik dan bijak. Anak negeri Melaka yang sejati. Kipas susah mati Man U. Kan2??

Irsyad – Antara rakan di UTP yang berblog menggunakan domain sendiri. Sebelum dia kehilangan laptopnya, sangat aktif menulis.

Hafizul Helmi – Rakan sejak kami sama-sama menuntut di MRSM Transkrian. Rakan sebilik semasa di Tingakatan Tiga. Pernah menjadi orang tengah kepadanya suatu masa dulu. Sekarang dah berubah, huhu~~. Dia sedang menuntut di UTM dan merupakan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, Exco Kebajikan dan Pengaduan Awam.

beliamuda: orang yang betul-betul memberi inspirasi untuk aku menulis tidak mempunyai blog. Kalau ada, pasti dia adalah yang pertama sekali aku letak… jangan tanya siapakah dia, kerana aku tak akan beritahu dan jangan berani untuk teka yang sembarangan ya… huhu~~ Peace ~(^_^)v

10 thoughts on “Dedikasi Kepada Rakan Blogger – Edisi April 09

  1. Pingback: Minggu yang sukar « beliamuda

  2. Pingback: Dedikasi Kepada Rakan Blogger - Edisi Mei 09 « beliamuda

    • @Adney, dah lama tak sambung balik dedikasi ni.. dah banyak dah yang ada dalam senarai menunggu ni.. tunggu nak masuk dalam entri je.. hehe.. yg ni pun dulu hilang lepas publish.. sedih gak ar, sebab sume yang ada dalam dedikasi dah bagi komen masing2.. huhu~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge