Blog

  • Kebodohan yang Membawa Padah

    Bodo kepal!

    Mungkin itulah yang paling tepat untuk dikatakan apabila sikap tidak bertepatan dengan tindakan yang dilakukan. Dah la merompak, lepas tu siap boleh terkantoi cara paling bodoh pulak tu!

    Aku bukan marah, tapi lucu dengan kisah yang terjadi di Amerika. Seorang remaja telah mencuri iPhone yang dimiliki oleh Sayaka Fukuda, seorang pereka kasut telah tertangkap akibat daripada menggunakan iPhone yang sama. Macam mana dia boleh tertangkap? Remaja tersebut telah menghantar emel yang mengandungi sisipan gambar mukanya menggunakan iPhone tersebut (juga menggunakan akaun emel pemilik asal).

    Fukuda yang menyedari terdapat emel yang dihantar menggunakan akaunnya melalui outbox emelnya (padahal dia takde hantar apa-apa emel pun), terkejut apabila mendapati emel tersebut mengandungi sisipan gambar remaja yang merompak iPhone miliknya. Dia kemudian menghubungi pihak polis dan remaja tersebut berjaya dikenal pasti. Setelah itu, dia menghubungi remaja tersebut supaya menyerah diri.

    Namun, akibat terlalu bodoh dan berdarah panas, remaja tersebut mengugut untuk membunuh Fukuda. Malang sekali bagi remaja tersebut kerana polis terlebih dahulu berjaya menahannya dan didakwa atas tuduhan merompak.

    Begitulah kisah tersebut. Memang patut remaja tersebut dipanggil bodoh. Bodoh kerana dua perkara. Pertama, menghantar emel gambar mukanya menggunakan akaun emel pemilik asal, dan kedua, kerana mengugut untuk membunuh Fukuda walhal dia akan tertangkap dan berkemungkinan dia akan didakwa di atas ugutan tersebut.

    beliamuda: bodo kepal merupakan ayat yang dikeluarkan oleh sahabatku. Maksudnya? Bodoh yang amat!

    Sumber – [gizmodo, New York Post, gothamist]

  • Jenis Darah Menentukan Personaliti

    Setelah lima hari berturut-turut aku tidak lekat di rumah, akhirnya aku dapat juga rilek pada hari ini walaupun aku masih lagi keluar lebih sejam pagi tadi… Banyak urusan yang berjaya diselesaikan dan banyak juga yang masih tertangguh. Yang tertangguh kebanyakannya berkaitan dengan akademik… Pening2!! Almaklumlah, cuti kan.

    Personaliti dan Jenis Darah

    Menurut sebuah institut penyelidikan di Jepun yang menjalankan kajian terhadap jenis darah, mereka menyatakan sesetengah personaliti bertepatan dengan jenis darah yang berkaitan.

    O

    Anda merupakan seorang yang ingin menjadi pemimpin. Apabila anda ingin mendapatkan sesuatu, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Anda juga merupakan seorang trend-setter, setia, bersemangat, dan konfiden dengan diri anda. Kelemahan anda ialah suka bermegah diri dan kuat cemburu serta mempunyai kecenderungan untuk menjadi terlalu kompetetif.

    A

    Anda sukakan keharmonian, keamanan dan lebih tersusun. Anda mudah bekerja dengan orang lain, sensitif, sabar dan penyayang. Antara kelemahan anda ialah kedegilan dan ketidakupayaan anda untuk berehat.

    B

    Anda merupakan seorang yang agak kasar, lebih jelas dan berterus terang dalam melakukan sesuatu serta suka melakukan sesuatu mengikut cara anda sendiri. Anda kreatif dan fleksibel serta mudah beradaptasi dengan suasana persekitaran. Namun, sikap anda yang terlalu bebas mungkin menyebabkan anda keterlaluan dan inilah kelemahannya.

    AB

    Anda merupakan seorang yang cool dan terkawal. Kebiasaannya anda disukai dan selalu menyebabkan orang disekeliling anda berasa senang. Anda juga seorang yang mempunyai keupayaan untuk menhiburkan orang lain. Namun, anda selalunya mempunyai masalah dalam membuat keputusan.

    beliamuda: rasanya macam dah betul fakta tu, tapi ada juga yang tak betul… jom sama-sama cerminkan diri sendiri… darah aku jenis apa ya??