
Agak sinikal kan gambar ini?
Pada hari Khamis yang lepas, aku ada menerima satu mesej ringkas daripada Maxis berkenaan tawaran pembelian iPhone yang secara eksklusif dibawa masuk oleh Maxis. Sebenarnya, aku telah mengetahui lebih awal tentang tawaran itu melalui blog saudara Amanz. Secara rasminya, Maxis telah melancarkan Apple iPhone 3G untuk pasaran Malaysia pada Jumaat, 20hb yang lalu. Sebenarnya, ramaikah yang akan mengambil peluang dengan tawaran tersebut? Buat masa ini, Maxis adalah satu-satunya telco yang membawa masuk iPhone ke Malaysia, namun pada bulan Jun ini berkemungkinan telco lain akan turut menawarkannya (twitter).
Maxis telah menyediakan 8 pelan untuk iPhone 3G yang dipanggil iValue Plans yang dibahagi kepada dua iaitu untuk kontrak selama 12 bulan dan juga 24 bulan. Harga untuk iPhone 3G bermula daripada RM0 hingga RM1900 untuk 8GB dan RM260 hingga RM2290 untuk 16GB.
Kesemua iValue Plans melibatkan pakej penggunaan data untuk 500MB sehingga 3GB sebulan. Berbanding Maxis Value Plus Plans, kadar panggilan (baca: voice rate) dan caj SMS untuk iValue Plans jauh lebih mahal.
Disebalik segala fungsi menarik yang ditawarkan oleh Apple iPhone 3G, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan fungsi:
Mungkin ada antara anda yang tidak kisah dengan kelemahan tersebut. Tapi, anda perlu tunggu dahulu kerana perisian terbaru untuk iPhone iaitu iPhone OS 3.0, yang mana bakal memperkenalkan lebih daripada 100 fungsi menarik. Versi yang digunakan dalam iPhone yang ditawarkan oleh Maxis sekarang ialah versi 2.2. Bagaimanapun, iPhone OS 3.0 adalah percuma untuk kesemua pengguna iPhone.
Lagipun, terdapat kemungkinan versi terbaru iPhone bakal dikeluarkan tidak lama lagi (Mac Buyer’s Guide). Bagi yang sudah lama terkeliur untuk membeli iPhone, tiada masalah untuk anda terus membeli. Anda sebagai pengguna lebih berhak untuk memilih. Mungkin untuk dipertonton kepada rakan-rakan anda :-).
[kredit untuk LiewCF]
beliamuda: aku pernah tengok iPhone yang dimiliki oleh Abu Ghaly, seorang pelajar Mesir yang berada dalam kursus yang sama dengan aku… aku lebih berminat untuk memiliki Nokia N82.