Blog

  • Lirik Lagu Langkah Tercipta – UNIC

    computer_worm

    UNIC baru sahaja mengeluarkan album terbaru mereka yang bertajuk “Langkah Tercipta”. Aku belum berkesempatan untuk mendapatkan album ini lagi, namun lagu “Langkah Tercipta” telah mula tersebar. Aku berusaha mencari lirik lagu tersebut, namun tidak ketemu. Maka, aku mengambil inisiatif untuk menyalin semula lirik tersebut daripada lagu yang didengar. Kalau ada sebarang kesilapan, sila maklumkan.

    Langkah Tercipta

    Semalam aku kelukaan,
    kecewa kehampaan,
    mencalar ketabahan,
    mimpi yang sering ku harapkan,
    menjadi kenyataan,
    namun tak kesampaian.

    Allah…
    Inginku hentikan langkah ini,
    bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
    semangat tenggelam,
    lemah daya,
    haruskah aku mengalah,
    namun jiwaku berbisik,
    inilah dugaan.

    Dan langkahku kini terbuka,
    pada hikmah dugaan,
    uji keimanan (menguji keimanan),
    tak dilontarkanNya ujian,
    di luar kekuatan,
    setiap diri insan.

    Allah…
    Pimpinlah diriku,
    tuk bangkit semula,
    meneruskan langkah,
    perjuangan ini,
    cekalkan hati dan semangatku,
    kurniakan ketabahan,
    agar mimpi jadi nyata,
    padaMu ku meminta.

    Daku mohon agung kudratMu,
    wahai Tuhan yang satu,
    segalanya dariMu.

    Lagu : Bazli
    Lirik : Bazli & Atie

  • Apa Akan Berlaku pada 1 April?

    1 April sering kali disambut sebagai hari April Fool. Namun, apa yang ingin diperkatakan di sini ialah mengenai sesuatu yang mungkin lebih teruk lagi yang mungkin berlaku pada hari tersebut. Pada ketika ini, dijangka 9 juta sehingga 15 juta komputer di seluruh dunia telah dijangkiti dengan cecacing (baca: worm) yang dikenali sebagai conficker @ kido @ downadup.

    computer_worm

    Apa yang cecacing ini boleh lakukan?

    Cecacing ini mula tersebar November tahun lalu. Namun, varian “A” cecacing ini kurang berjaya dalam menjalankan kerja jahatnya. Kemudian, varian “B” dilepaskan pada bulan Disember tahun lalu dan dengan jayanya telah mengjangkiti jutaan komputer yang menjalankan OS Windows yang tidak dikemas kini. Cecacing ini berjaya menghalang perisian antivirus daripada berfungsi, mematikan fungsi Windows Update, menghalang akses ke laman-laman berkaitan sekuriti dan terus menjalankan kerja-kerja menyebarkan spam. Kemudian, varian “C” pula dilepaskan pada bulan lepas. Varian ini berfungsi untuk menguatkan lagi varian “B” dan menjadikan cecacing ini lebih sukar untuk dihapuskan. Pada 1 April, cecacing ini akan aktif dan menunggu arahan daripada penciptanya untuk melaksanakan tujuan sebenarnya. Cecacing ini akan menghubungkan komputer yang dijangkiti dan mewujudkan satu rangkaian komputer zombie yang boleh melakukan serangan DDoS, menjangkiti rangkaian komputer yang masih bersih atau menghantar spam secara besar-besaran (anggaran 10 billilon) yang berkemungkinan akan menyebabkan pelayan-pelayan diseluruh dunia tergendala.

    Adakah anda telah dijangkiti?

    Jika anda risau komputer anda telah dijangkiti, anda boleh mengimbas komputer anda menggunakan pengimbas yang dikeluarkan oleh BitDefender. Laman ini dibina khas sebagai platform berkaitan cecacing ini. Walaupun komputer anda telah dijangkiti, anda boleh mengakses ke laman ini. Jika komputer anda telah dijangkiti, anda boleh memuat turun removal tool yang telah disediakan di laman ini. Versi untuk rangkaian komputer (baca: network computer) juga turut disediakan.

    beliamuda: aku telah menyemak laptop aku dan ternyata aku bersih daripadanya. Hanya pengguna OS Windows sahaja yang dijangkiti. Kalau anda menggunakan Windows ori, sila kemas kini OS anda segera. Pengguna versi cetak rompak, anda boleh berputih mata dan imbas komputer anda menggunakan cara yang yang dicadangkan. Kalau anda berani, sila kemas kini OS anda dengan Windows Update.