Ada apa dengan 123456789

Salam sejahtera buat semua.

123456789

Hari ini, aku tengok ramai blogger dan raka-rakan lain yang menghebohkan pasal 123456789 ni. Ada apa dengan nombor tu semua ek? Rasanya semua dah tahu kan. Nombor menarik hanya muncul dua kali je dalam 100 tahun. Abad seterusnya baru boleh jumpa balik.

Dua kali? Betul ke dua kali? Memang betul sebenarnya. Kita cuma perlu ubah persepsi kita terhadap masa je (macam bagus je cakap). Dua kali itu berlaku pada awal pagi dan satu lagi pada tengah hari dalam hari yang sama.

Continue reading

I LOVE MALAYSIA: Menangi iPhone 3GS

Salam sejahtera buat semua.

banner

Ewah-ewah, dah ramai blogger yang buat entri macam ni. Takpela. Tak rugi untuk mencuba benda percuma lagi mudah macam ni.

Contest ini dianjurkan oleh Exabytes, sebuah syarikat hosting terkemuka di Malaysia. Contest ini amat mudah, dengan hanya memasang banner di laman web atau blog anda, ada kemungkinan anda akan memenangi sebuah iPhone 3GS dan juga sebuah Western Digital Hard Disk 320GB. Contoh banner telahpun ada di dalam website ini. Nampak kan?

Continue reading

Cara pemakaian topeng penutup mulut

Salam sejahtera buat semua.

Sejak virus H1N1 semakin mengganas dengan 14 kematian setakat entri ini ditulis, semakin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan memakai topeng penutup mulut, sama ada untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan ataupun melindungi orang lain daripada jangkitan oleh sebab titisan cecair yang mungkin keluar daripada mulut atau hidung.

Namun, apabila semakin ramai yang pakai, macam-macam stail yang boleh dilihat. Stail yang lawak ada, yang salah pun ada. Stail yang salah sama sahaja seperti tidak memakainya, malah menyusahkan sahaja. Ramai juga yang mengeluh rimas semasa memakai topeng penutup mulut. Malangnya, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk merasainya, mungkin selepas ini.

beliamuda kini dikuasakan oleh WordPress 2.8.3

Salam sejahtera buat semua.

wordpress-resize

Awal pagi dah bangun hari ini. Semalam dah rancang untuk memasukkan entri baru. Entri tersebut telah ditulis semalam lagi. Kemudian sempat pula lepak di blog-blog yang update. Baca sambil layan lagu yang diposkan dalam entri di PutraRocker dan KNizam.

Sambil sarapan, saje layan muvi yang ada dalam laptop ni. Saja tengok balik ROTF sambil rilek-rilek sebelum eletrik terputus buat sementara waktu dan menyebabkan muat turun sebuah anime bersaiz 180MB terputus. Kena mula balik la. Nasib baik internet berada di tahap optimum. Continue reading