Blog

  • Google Doodle: Sambutan Ulang Tahun ke-164 Thomas Edison

    Salam sejahtera buat semua.

    Thomas Edison

    Baru dua hari lepas Google mengeluarkan animasi selaman dasar laut yang sangat interaktif (sape dapat try?), hari ini Google mengeluarkan pula doodle bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-164 Thomas Edison.

    Walaupun Goodle Doodle kali ini tidak bersifat interaktif seperti sebelum ini, namun dengan paparan gambar dalam format GIF, terdapat sedikit animasi pergerakan yang menyalakan sebuah mentol.

    (more…)

  • Novel Interlok untuk KOMSAS Tingkatan 5

    Salam sejahtera buat semua.

    Novel Interlok

    Ketika balik ke kampung semasa perayaan Tahun Baru Cina tempoh hari, saya telah berkesempatan untuk membaca novel Interlok. Novel Interlok adalah salah satu novel kajian yang merupakan komponen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) untuk Tingkatan 5.

    Novel inilah yang telah menimbulkan kontroversi apabila dibangkang penggunaannya oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan dalam novel. Saya tak sempat pun membaca hingga sampai ke bahagian yang diperkatakan tu.

    (more…)