Aini, Nuna dan Nuni: Kisah #1

Salam sejahtera buat semua.

tweet #1 aini, nuna dan nuni

Status Kicauan

Cukup dengan motif entri sebelum ini sebagai pengenalan kepada ceritera Aini, Nuna dan Nuni, kita maju kepada Kisah #1.

Hari ini Nuna merengek lagi. Tempoh hari dia menangis sebab kakinya sakit. Siap kena rujuk ke Hospital Taiping lagi. Hari ini Nuna dibawa lagi ke hospital. Tak tahu lagi apa khabar berita Nuna… Semoga tiada apa yang buruk terjadi.

Katanya Aini beperangai elok je sepanjang ditemani Nuni. Kena cubit pipi dua kali pun tak merengek. Siap cium balik pipi Nuni.

Continue reading

Petrol RON 95 naik harga 5 sen kepada RM1.90

Salam sejahtera  buat semua.

kenaikan harga barang 2010

Akhirnya tercapai juga hajat hati untuk menjejak kaki di Selama (kawasan negeri Kedah dan Perak) serta Serdang, Kedah seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Terima kasih kepada pemandu pelancong itu. 🙂

Kalau tengok jarak perjalanan tu, sekitar 90KM jugak la (masuk kawasan Sungai Taka, kemudian ke Selama, Kedah dan Selama, Perak sebelum ke Dataran Seri Serdang). Sebut pasal semua ni, berkait pulak dengan minyak kereta.

Continue reading

Jom Terbang Ke New Zealand Dengan AirAsiaX

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, dapat cuti penuh pada hari Jumaat yang sepatutnya bekerja tapi masih dapat gaji separuh hari. Kalau Supervisor (SV) pun dah bagi kebenaran untuk cuti, giranglah hati menyambut. Semalam pun hanya buat kerja pada sebelah pagi je.

Dapat cuti tambahan sekali bersambung dengan cuti hujung minggu ni rasa macam panjang je cuti. Nak gi jalan kat mana eh? Petang ni dah rancang nak pusing ke kawasan Serdang-Selama (sempadan Kedah-Perak). Pemandu pelancong pun dah sedia untuk berkhidmat. 🙂

Continue reading