SMS Serbuan Kilang Biskut Munchys Ada Arak oleh JAKIM Adalah Palsu

Salam sejahtera buat semua.

biskut Munchys JAKIM stor Arak

Beberapa ketika sebelum saya mula menjamah makan malam saya sebentar tadi, saya ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang mengenai serbuan pihak JAKIM ke atas kilang biskut Munchys di Batu Pahat dan telah menemui stor arak.

Berikut adalah SMS yang diterima oleh saya;

TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SE ISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)kalau tuan2 sayangkan agama Allah yg suci,sebarkan sebanyak mungkin,ini suatu ibadah! ..mudah2an Allah merahmati tuan

Saya agak ragu-ragu dengan sebaran khabar angin sebegini disebabkan telah banyak sebaran maklumat palsu terutama mengenai maklumat halal produk makanan dan minuman. Jadi, semakan dengan JAKIM perlu dibuat secara terus bagi memastikan kesasihan sebaran SMS tersebut.

Disebabkan saya baru sahaja menerima SMS tersebut, jadi saya tidak berkesempatan untuk menghubungi pihak JAKIM secara terus. Nasib baik pihak JAKIM telah pun mengeluarkan penafian mengenai hal ini di portal rasmi mereka.

Di bawah adalah kenyataan media  bertarikh 14 September 2011 yang boleh didapati di portal rasmi Halal Malaysia.

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Diharapkan, sebelum sebarang sebaran yang boleh menjatuhkan seseorang/organisasi dibuat, pastikan dahulu maklumat kesasihannya. Semoga kita semua dirahmati.

beliamuda: Kalau juadah makan malam tadi adalah biskut Munchys, macam mana la gamaknya perasaan masa tu…

4 thoughts on “SMS Serbuan Kilang Biskut Munchys Ada Arak oleh JAKIM Adalah Palsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge