Review Sangat Ringkas Nokia C6-01

Salam sejahtera buat semua.

Semalam ada seorang kawan baru saja angkat Nokia C6-01 (ingatkan dia nak beli Nokia N8 😀 ). Sempat la jugak merasa apakah itu Nokia C6-01 sebab kawan tu suruh tengok-tengokkan HP baru dia tu. Sebelum ni sempat la juga usha Nokia C6-00.

Sebelum ke review @ rebiu sangat ringkas mengenai Nokia C6-01, tengoklah dulu video promo di atas.

Lagu Sambutan Maal Hijrah

Salam sejahtera buat semua.

Setiap kali tibanya tahun baru Hijrah, pastinya ada sambutan Maal Hijrah yang diraikan di negara kita. Dalam majlis sambutan Maal Hijrah setiap tahun, pasti adanya tema Maal Hijrah yang menjadi penghias slogan dan ada individu yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah. Cuba teka, apakah tema Maal Hijrah 1432H?

Sambil mencari jawapan untuk tema Maal Hijrah tahun ini, apa kata kita dengar dan hayati dulu lagu (nasyid) yang biasa menjadi lagu tema setiap kali sambutan Maal Hijrah iaitu lagu 1 Muharram oleh Al-Ajiba dan satu lagi lagu oleh Nadamurni II yang bertajuk Maal Hijrah.

Continue reading

Salam Tahun Baru Hijrah 1432H

Salam sejahtera buat semua.

Salam Maal Hijrah

Dalam tidak sedar, kita telah melangkah meninggalkan tahun 1431H. Awalnya saya ingatkan Awal Muharam akan jatuh pada hari Rabu. Tetapi sebaik sahaja buka blog petang tadi (sekitar pukul 6) tiba-tiba je ada masalah akses – Error 503; kemungkinan diakibatkan oleh cubaan sambungan yang banyak tidak seperti kebiasaan.

Barulah saya sedar hari ini merupakan hari terakhir tahun 1431H. Masalah akses blog tersebut disebabkan oleh peningkatan akses untuk entri bacaan doa akhir dan awal tahun. Memang telah berlaku peningkatan sejak beberapa hari lalu, namun peningkatan mendadak bermakna waktu itu kita telah berada di ambang akhir dan awal tahun Hijrah.

Continue reading

Aini, Nuna dan Nuni: Kisah #2

Salam sejahtera buat semua.

lutut berdarah

Bersambung daripada Kisah #1 yang tergantung berkenaan nasib Nuna yang kesakitan. Kenapakah dia merengek dan menangis sampaikah perlu dirujuk ke Hospital Taiping? Apakah sebenarnya yang terjadi?

Telah diperkhabarkan oleh Nuni bahawa Nuna sebenarnya mengalami kesakitan di bahagian kakinya. Bahagian bawah lutut di kaki kanan Nuna telah membengkak. Tidak diketahui sama ada bengkak itu diakibatkan oleh terjatuh atau digigit serangga berbisa.

Continue reading