Kekeliruan Nombor Exit 3301 DUKE

Salam sejahtera buat semua.

DUKE Highway, on the way to work

Dalam perjalanan pulang ke Saujana Puchong dari Taman Greenwood semalam, saya perasan ada satu perkara berkaitan penomboran persimpangan DUKE (Duta-Ulu Kelang Expressway) yang menyebabkan kekeliruan iaitu selepas Plaza Tol Batu menghala Jalan Duta.

Terdapat dua persimpangan utama selepas Plaza Tol Batu iaitu Persimpangan Jalan Kuching dan Persimpangan Jalan Duta. Mengikut maklumat yang dipaparkan di Wikipedia (sebab maklumat berkaitan tidak ditemui di laman web DUKE), Persimpangan Jalan Kuching menggunakan nombor Exit 3302 manakala Persimpangan Jalan Duta menggunakan nombor Exit 3301.

Namun, dalam perjalanan melalui DUKE semalam, kedua-dua persimpangan ini didapati menggunakan nombor yang sama iaitu Exit 3301. Keliru jugalah selepas Plaza Tol Batu sebab kena keluar di Exit 3301. Nasib baik ada GPS yang memaparkan berapa jauh lagi jarak perjalanan sebelum membuat pertukaran laluan.

Nombor persimpangan yang menyebabkan kekeliruan ini telah saya ajukan kepada pihak penguruan DUKE iaitu KESTURI melalui borang yang disediakan di laman web tersebut seperti yang di bawah.

Is it correct for Duta and Kuching interchange to have same Exit number which is 3301?

If correct, why is it made like that? It is confusing when you need to exit at Exit 3301, which is shown on two signboard, each at Duta and Kuching interchange.

Tengoklah nanti apa respon mereka…

beliamuda: Tulis dalam bahasa Inggeris sebab masa tu sedang berkomunikasi dengan rakan-rakan penyunting Waze yang lain dan tiada gambar kerana sedang dalam pemanduan…

One thought on “Kekeliruan Nombor Exit 3301 DUKE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge