Salam sejahtera buat semua.
Masa zaman praktikal dulu, saya telah diwajibkan untuk membuka akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan oleh kerana salinan maklumat pendaftaran diperlukan oleh majikan pada masa tu, Kulim Hi-Tech telah diletak sebagai alamat surat-menyurat.
Setelah mula bekerja selepas tamat pengajian, barulah saya perasan yang alamat surat-menyurat perlu dikemaskini. Alamat rumah di kampung halaman memang telah diletak sebagai alamat tetap.
Kemaskini alamat surat-menyurat ini sebenarnya boleh dibuat dengan mudah melalui i-Akaun KWSP yang merupakan akses dalam talian bagi ahli KWSP. Untuk memudahkan urusan kemaskini di masa depan kalau-kalau berpindah lagi, pendaftaran i-Akaun perlu dibuat terlebih dahulu.
Sangat mudah sebenarnya nak buat pendaftaran i-Akaun ni. Ahli KWSP hanya perlu mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan MyKad masing-masing melalui Kios atau Kaunter KWSP.
Kenapa Perlu Daftar i-Akaun?
Selain memudahkan urusan kemaskini alamat surat-menyurat, ada lagi beberapa kelebihan buat ahli KWSP seperti berikut:
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Kesimpulannya, tak perlu susah-susah untuk ke kaunter KWSP semata-mata untuk buat urusan seperti yang di atas. Urusan melalaui i-Akaun lebih pantas (walaupun kadang-kadang ada error).
Rujukan: Perkhidmatan i-Akaun KWSP
beliamuda: Ceritanya, saya buat Kod Pengaktifan i-Akaun di Kios KWSP di Menara Bumiputera Commerce semasa cuti bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Jauh betul berjalan dari Puchong.
Ok jugak tu, tak payah lagi ke pejabat KWSP utk semak caruman.
Adam Roslan“s last blog about ..Membina Taman Dalam Air dengan Aquascaping
semak no kwsp
mohon penyata kwsp secara online
Boleh mohon di laman web KWSP.
I want to update kwsp