Salam sejahtera buat semua.
Dalam perjalanan pulang ke Saujana Puchong dari Taman Greenwood semalam, saya perasan ada satu perkara berkaitan penomboran persimpangan DUKE (Duta-Ulu Kelang Expressway) yang menyebabkan kekeliruan iaitu selepas Plaza Tol Batu menghala Jalan Duta.
Terdapat dua persimpangan utama selepas Plaza Tol Batu iaitu Persimpangan Jalan Kuching dan Persimpangan Jalan Duta. Mengikut maklumat yang dipaparkan di Wikipedia (sebab maklumat berkaitan tidak ditemui di laman web DUKE), Persimpangan Jalan Kuching menggunakan nombor Exit 3302 manakala Persimpangan Jalan Duta menggunakan nombor Exit 3301.