Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. David Chiang Avatar
    David Chiang

    sy pun bru terima msg yg sama tp kali ni dia minta hubungi 0111-268-9353… tp msg dihantar oleh +628111172713 pd 13/02/2013.

    1. lid Avatar
      lid

      saya pun terima sms yang sama, minta call 0111-2688966, saya pun call la, siapa xnak duit kan, sy berckp dgn pak haji indon, dia minta pergi ke mesin atm bank pilihan kita then telepon dia balik.. sgt mencurigakan, dia ingat sy bodoh ke.. sy abaikan, rugi kredit rm2 ckp dgn penipu..

      1. Nn Avatar
        Nn

        Bodoh aku pun kena gak

        1. Smart Boy Avatar
          Smart Boy

          Hj Muhd Yussof, the best cheater in the world. Don’t ever you think i will sucker . I am smarter that you. Gettt Losttt do tried to cheat people exspecially like me

    2. maunah Avatar
      maunah

      Saya pon kena jugak..tapi depa minta pi atm mesin dan ikut arahan..terpikir jugak saya sebelum ke atm nanti check di internet…jumpa site ini..sah Penipu Hamlau punya suara macam paria longaht indon mengaku nama Hj Ismail.

  2. zorry Avatar
    zorry

    Pada 1-feb-2013 saya telah menerima sms seperti berikut. (Daripada 0198321186)
    RM0. You card telah berjaya dan menangi hadiah GRAND PRIZE.dr shell (M) BHD RM 20,000.00 no siri.9R 247 YK
    Sila dail talian:017-828-6263
    (pautan dibuang)
    Dan saya abaikan saja sms ini.

    Dan pada 14feb2013 petang tadi.jam 5.33pm saya menerima sms sekali lagi.
    C’ngratulations been s’ccessful and m’nangkan wang from the “shell – HELIX RM20-000 RIBU
    No.siri 9r 247yk please call off:012-8613-038 (pautan dibuang)
    Saya memang mempunyai card shell.tapi saya rasa iah x mungkin dan x betul.sebap saya perna tertipu sebelum ni.

  3. krol Avatar
    krol

    sy lg pelik…. sy hari2 pegi kerja naik naik lrt.. xde pon kete.. nikan pula ada kad shell… puihh.. nak tipu pon tgk org la… adoiii… sengah tol…

  4. gold Avatar

    Terima kasih kerana beri info. Yg menipu pun bodoh …asyik pakai nombor yg sama :9R247YK kehkeh. Sy pun dpt nombor siri tu jugak.

  5. orkid Avatar
    orkid

    Dunia penipuan sebarkan..Saya baru terima sms mcm ni..Your card been successful and win a prizes GRAND PRIZES dr.Shell(M) Berhad RM20,000..No.siri: 9R247YK..website (pautan dibuang)..sila hubungi no tel tersebut utk maklumat lanjut 012-861 2729..saje je says call utk test dia haaaa aammiiikkk kau indon cakap menggelabah nama haji ismail konon minta no kad pengenalan tersasul2 sebutnya dan saya gertak dia, terus dia matikan telefon.

  6. Thomas Avatar
    Thomas

    Dapat sms yang sama…dengar suara dia bukan orang malaysia tapi dia kata 100% malaysia nama haji ismail.Ingat kita bodoh,kalau la kita menang peraduan shell, confirm shell bagi surat dan cheque mana ada orang panggil kita pergi atm untuk dapat duit. hello orang shell tak tau guna online banking. Kes tipu!!!!!!!

  7. RAMANATHAN Avatar
    RAMANATHAN

    RECEIVE MASSAGE WINNING RM.20,000,00 GRAND PRICE FROM SHELL MALAYSIA. I CALLED THE MOBILE NUMBER I FOUND IT WAS A CHEATING JOB. THAN IGNORE THE INSTRUCTION GIVEN GIVEN BY THE CHEATER. BE AWARE.

  8. Jie Avatar
    Jie

    I received sms about this 20K….they thought I nie stupid ke…sorry ler…..kalau betul….siar ler dlm paper….

  9. izan Avatar
    izan

    sy pun bru jek dpt msj yg same ni … tpu yer … kurang asam … suara memang indon pun ,.,, langsung2 … enggak bisa enggak bisa …. nk cancel kn name kt dlm tv3 mlm ni die kate …. cancel jek lh .. ni nk mntk kite kena ade duit RM 1K dulu dlm bank … nk bg hadiah bg jek lh terus … nk duit org dulu bagai .. ape hal kau ! nak mampos agak nyerrr puiiihhh Hj Ibrahim tp name masok kan dlm bank name Tumiran …. hemmmm poyorrrr no siti smua same ngan u alls semua …. puihhhhh punye org !!!!

  10. Smart Boy Avatar
    Smart Boy

    RM0.Your Card
    tlh berjaya dan
    menangi hadiah
    GRAND PRIZE.dr
    Shell (M) BHD
    RM20,000.00
    No siri.9R 247 YK
    Sila dail talian:
    012-8613-038

    1. Smart Boy Avatar
      Smart Boy

      Nama: Hj Muhd Yussof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge