Salam sejahtera buat semua.
Salah satu cara paling mudah untuk seorang blogger mendapatkan trafik bagi entri yang baru ditulis adalah dengan menghantar entri tersebut ke laman aggregator. Saya sendiri selalu ping entri-entri terbaru di beberapa laman aggregator yang telah sedia ada di Malaysia.
Salah satu laman aggregator yang saya sangat rasai kesan trafik yang diberikan ialah Apesal.com. Sebelum menggunakan servis Apesal.com, saya guna laman aggregator lain yang dikendalikan oleh pentadbir yang sama sehinggalah disarankan untuk beralih ke Apesal.com.
Sejak saya gunakan Apesal.com, tidak pernah lagi saya menerima emel menyatakan entri yang saya hantar ke sana ditendang semula kecuali beberapa hari yang lalu. Emel tersebut menyatakan ada entri yang saya hantar tidak mendapat pengesahan pentadbir.
Turut diselitkan juga adalah nota kenapa entri tersebut telah ditolak.
“Baca FAQ!”
Apabila pentadbir dah hantar amaran macam ni baru sibuk nak baca. Hehe. Siapa yang sebelum ni rajin baca FAQ tu memang tabik ah.
Rupa-rupanya, sudah ada beberapa lagi entri saya yang lain yang telah ditolak. Nasib baik tak kena banned dengan pentadbir Apesal.
Ini laman “Obsesi Blogger Malaysia” tau!
Secara ringkasnya, entri yang bersifat terlalu peribadi, memaparkan iklan atau pertandingan, penulisan tahap longkang, dan salin-tampal tidak akan diterima. Untuk yang selebihnya, boleh pergi terjah sendiri di Apesal.
Untuk ping di masa hadapan, nampaknya saya perlu lebih berhati-hati. Kalau tengok exchange ratio pun asyik menaik je. Moga tak lepas 300%.
beliamuda: Tak pernah lagi jumpa laman aggregator yang ditadbir dengan aktif seperti Apesal.com di Malaysia ni…
Hahaha. Ingatkan nak marah kami tadi. Terima kasih sebab buat entry ni.
Sebenarnya fungsi email tu baru di buat sebab kami lihat ramai yg tak sedar post kena tendang. Penat kami tulis pesanan kalau tak ada sesiapa yg sedar dan terus buat kesilapan setiap hari. Jadi kami tambahkan dengan email pemberitahuan untuk user sedar dan betulkan kesilapan. Tp penghantaran email tu adalah optional untuk moderator kami pilih sama ada nak hantar atau tak. 😉
Team Apesal´s last blog about ..JJ dan Ean Hitz FM Kene Suspend?
Mana mungkin nak marah Apesal yang dah banyak beri kebaikan kepada blog ni. =)
Bagus sebenarnya dengan fungsi emel tu sebab ia memberi notis kepada tuan blog yang ping. Sebelum ni tak sedar pun ada pos yang pernah kena rejek. Tak tahu pun boleh semak. >_<
Kak Jie seorang blogger yang mempunyai disiplin dan menitik beratkan kualiti entri yang hendak diping berada pada aras yang tinggi. Kadang-kadang serba salah untuk meluluskan entri tersebut.
Terlalu terlalu terlalu banyak entri yang diambil gambar dari sumber lain dengan ayat dua tiga baris. itu bukan entri yang baik yang dihasilkan oleh tuan punya blog.
Kak Jie sendiri tidak menghantar entri peribadi walau pun selalunya entri peribadi kak jie sendiri mempunyai beberapa tips dan pengajaran. Rasa itu adalah catatan peribadi bukan untuk diping.
Ramai blogger yang menghasilkan entri dengan bahan yang menarik tetapi menggunakan bahasa yang tidak dapat diterima.
Ramai juga blogger yang menhasilkan entri mengikut carian popular tetapi langsung tidak mempunyai sentuhan peribadi tuan punya blog…bahan , gambar dan isi kandungan bukan pandangan pendapat atau hasil buah fikiran sendiri.
Nasihat kak jie, hantar entri yang betul2 berkualiti untuk mendapatkan ratio yang stabil. Kalau hantar semua entri tanpa ditapis, sekejap saja ratio dah 300%. tak boleh buat apa2 lagi..jadi pilih yg benar2 perlu …sekurang2 ratios boleh bertahan lama.
untuk sekelip mata atau nak untung dalam tempoh yang lama?
buat pilihan secara bijak. Tak boleh tamak. Sabar untuk mendapatkan kedudukan stabil seorang blogger.
p/s – seronok pula menaip macam nak siapkan entri je…
Kak Jie´s last blog about ..Senarai Kedai Yang Menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KDS1M)
Sekarang ni dah selalu fikir, layak ke tak nak ping entri ke Apesal. Kalau ping kena rejek, buat rugi je. Secara tidak lansung, diri akan cuba untuk menulis entri yang lebih bermakna dan berisi.
Kalau dulu, mungkin saya pilih untuk dapat sekelip mata. Sebenarnya penat kalau nak kejar dalam tempoh masa yang pendek tanpa bina tapak yang kukuh. Sekejap je bertahan, lepas tu jatuh balik.
ps: Seronok tuan blog dapat komen panjang berjela macam ni.
penulisan tahap longkang? camane tu bro?
baru 1st time dengar term ni.. haha
dulu guna gak apesal.. pastu lama2 widget tak keluar,script problem kot. tak tau r tak compatible ngan theme atau problem kat hosting..
skrg dah tukar rumah baru,belum try lagi letak apesal.. tapi memg trafik dari sana mantap..
izwanyusof´s last blog about ..Ketahui Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan dan Syawal
Tahap longkang ni kiranya kotor la.
Terma ni kira molek lagi la… Keh3.
Cuba la balik kat Apesal tu bro.
trafik dr apesal mmg boleh tahan… tp sedih ratio saya dah nak limit. salah sendiri *mengaku
Ummi Hanie´s last blog about ..Update: Mom Blogger Top Referral Contest
I am in Sabah, Sandakan.How can I get the grandprrize ?what I need to do?thank you.
What grand prize?