Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. PakLONg Avatar
    PakLONg

    dunia² apa nk jdi laaaa…
    dunia smentra ja…
    nty di sana jawab la..
    paham² la sndri!!!

  2. YEOH GOAY CHYE Avatar
    YEOH GOAY CHYE

    received sms that I was won 20,000.00
    I want to certifly that whether it is truth or not

    1. yuha Avatar
      yuha

      not true…i received the same thing

  3. Patricia Avatar

    Received scam sms,
    Your Card telah Berjaya & menangi hadiah GRAND PRIZE.dr Shell (M) Berhad RM20,000 RIBU No.siri 9R247K
    Sila dail talian : 012-8612-978

  4. Nicky Avatar
    Nicky

    tipuuuuu … also received the same sms Card menangi RM20,000 RIBU dari Shell (M) Berhad. No siri 9R247YK (tak kan semua card sama no siri nya)

  5. Olivia Avatar

    Saya baru je terima sms yang dimaksudkan anda memenangi Grand Prize Rm20000.Semua itu adalah tipu,ya.Saya call pun sms pun tak dapat.Mcm2 sekarang ni..

  6. Saleh hj aris Avatar

    Saya juga telah menrrima massage yang sama, tapi saya ingin betanya pada sesiapa yang tahu, adakah sms seperti ini ada tujuan lain selain dari hanya buat tipuan? Ada tak cara teknikal tertentu untuk menghalang perbuatan sebegini? atau bolehkah pehak berkuasa benteras pekara ini?

  7. akil Avatar
    akil

    sy br terima msg cmni. terus sy gugle. tkasih beliamuda.com sbb keluarkan post mcm nih. apa2 sy mst gugle dulu.

    p/s: bole pulak gtahu menang pkai sms je.haha

    1. azida2004 Avatar
      azida2004

      sy pun br je terima sms yg sm.g search kat google web tu mcm x percya tp terus try call 2x dpt pun. voice msj.crfm tipu

  8. fma Avatar
    fma

    Masih guna taktik lama gamaknya, jangan terpedaya, tipu, tipu, tipu. Siri no sume sama jerk

    1. habsah Avatar
      habsah

      saya pun terima sms yg sama.bila saya call dia kata suruh masuk 1000 utk laluan masuk dwet.pastu kena masuk lg 1000 utk cukai peraduan.mengarut betoi. kalau da menang tu bg je la dwet tu.pasai apa nak bank in dwet ?masuk plak dwet tu dlm akaun dia buat sementara katanya, dlm 10 mnit katanya dwet akan nampak dlm akaun kita 22 ribu, gila betoi. jangan la kawan2 tetipu.jahat betoi deme ni.

  9. shasha sharmila Avatar
    shasha sharmila

    Saya baru dapat mesej yg menyatakan saya menang rm 20,000 dari shell dgn no siri 9R247YK sila dail talian 012-8613667 pada pukul2.12ptg 12/6/13…no yg menghantar mesej pd saya 011-25302763..saya ada tel no 012 tu dan bertanyakan sama ada betul ke tak no card saya menang?dan org laki tu jawab ya…..saya tanya lg mcm mana nk buktikan saya betul2 menang dan dia suh saya layari laman web yg di beri dlm mesej td (disunting)

  10. zureika tina Avatar
    zureika tina

    Hahaha kmi bru jew hampir trpedaya,bf sye yg dpt msj tue,dye tnjuk kt sye,sy col tnye smader bnr ataw tdak ye la mne xnyekn hehehe….Cra dyeowg mmg ckup cntik licik lg taw smpai sye hmpir2 nk pcye tp bf sye cool jew cz dye ckp smua tue tipu tp sye nk jgak sbb sye igt btul.Bf sye pown follow me cz xnk i bsing2.Bf sye ajak sye g bank sbb dorg suh kteowg g bank amik duit tp bf sye plak g kluarkn smua duit dye,Dorg mntak kteowg tpup wet kt akaun bf sye sbnyak RM1000 law x wet yg RM20,000 tue dorg xleh bg haha….Time tue bwulh sye fhm why bf sye kluarkn wet dye td.Alham,lah cz kteowg slamat dr owg2 mcm tue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge