Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. Maz Avatar
    Maz

    Sayapun baru dapat msg ni… cepat2 bukak internet nak check website…tak adapun… dah sah msg penipu

    1. BONITO PD Avatar
      BONITO PD

      saya pun dpt sms gak….semalam (18.1.2013) kata dpt grand prize RM20,000.00 no hp (0198120394) arini pulak (19.1.2013) kata dpt RM19,000.00 no hp (0145711253)….saper la punya kijer ni nak menipu org…

      1. BONITO PD Avatar
        BONITO PD

        maaf…pembetulan…semalam (19.1.2013) arini (20.1.2013)

        1. ana yahya Avatar
          ana yahya

          also dapat msg yang sama hari ni, memang sah penipu! thanks for sharing.

  2. inda Avatar
    inda

    sy pun dpt sms yg sama…sy cuba tel…dia kata..klau nak duit tu..kena ada RM1,000.00 dlm akaun baru mereka bleh bankinkan RM20, 000.00….tp, dia x bankinkan trus RM20,000. ktanyer mereka akan bankinkan RM10,000.00 dulu…..dah sah-2 kaki kelentong…..

  3. takrim Avatar
    takrim

    saya pun baru dapat sms berkenaan… dari no 0198120394…. Yang di luar sana jgn sampai tertipu..

  4. mamat Avatar
    mamat

    aku pn dpt gak 8 jan aritu,,hadiah rm 19k,da tu soh plak kita col ni no dia ( 0142846244) ptutnya shell yg col kita,,ni x,,,agaknya mak bapak dia xajar dulu tu..bodoh punya olang..

  5. rahima Avatar

    hai selamat tengah hari sy br dpt msj dr pada penipu2..

  6. rahima Avatar

    Sy dapat sms yg hantar kt sy dr no.01112688961 dan dia suruh sy call di no 01112688966 ini untuk ambil hadiah wang tunai sebanyak rm20.000

  7. Nashrul Avatar
    Nashrul

    Sama juga saya, baru dpt SMS pagi tadi 06-Feb-13, sama seperti yg lain di atas, katanya dpt hadiah 20K tapi kena ada balance 1K baru boleh buat ‘internet banking transfer’. Tak tahu la betul ke tidak. Rasanya kalu ada 1K dlm account, akan di’siphon habis semua… penipu punya pukimak.
    Ada sesiapa pernah tertipu? Tolong update..

  8. ari Avatar
    ari

    Aku pn dpt msg yg sme…bukak website shell xde pn…bengong pn org..

  9. Yati Avatar
    Yati

    Ya laaa.. saya pun baru dapat msg tipu ni pada 8 feb 2013 sdgkan benda ni dah berlaku dari tahun lepas lagi. Guna ayat yang sama dan no siri hadiah pun sama tapi no hp sj yang berbeza. Dikirim oleh 019-8215862 dan suruh call no 017-8286263. Mereka ini sentiasa mencuba menipu orang. Bagaimana kita nak laporkan perkara ni?

  10. shi.. Avatar
    shi..

    Saya pun baru dpt sms dari 0178285674 spt berikut :
    RM0.Your Card
    tlh berjaya dan
    menangi hadiah
    GRAND PRIZE.dr
    Shell (M) BHD
    RM20,000.00
    No siri.9R 247 YK
    Sila dail talian:
    0111-268-8966 (pautan dibuang).

    SMS tipu, sesiapa yang terima sms spt ini, sila abaikan saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge