Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. norbaiyah abd karim Avatar
    norbaiyah abd karim

    saya baru terima msg yg sama semalam. Yg peliknya kenapa guna no hp untuk hubungi diorg. Biasanya kalau memenangi sesuatu peraduaan, Pihak syarikat tersebut akan menalifon pemenang…bukan kita yg menang ni nak call mereka2 yg tak bertanggungjawab ni…dah byk sangat terima msg mcm ni….

    1. beliamuda Avatar

      Betul. Itulah kebiasaannya kalau kita betul2 menang hadiah daripada peraduan seperti ini.

    2. mimimarz Avatar
      mimimarz

      aah la, sy pun bru terima msg yg sama tp kali ni dia minta hubungi 0178286263… tp msg dihantar oleh 0138787906

  2. ram Avatar
    ram

    suami saya baru dapat hari ni …semua sama no siri pn sama report je esp pada yang dah terpedaya…

  3. warren Avatar

    Thanks 😉 Baru terima sms sedemikian tadi.

    1. beliamuda Avatar

      Sama-sama. Semoga terhindar daripada kecelakaan golongan menipu seperti ini.

      1. lan Avatar
        lan

        haha..sy pon dpt mesej yg sama dr no phone yg sama juga td,terus sy tgok website shell,dh agak dh mesej tu tipu.

  4. Ayub Avatar
    Ayub

    Hahaha saya juga baru terima msg yg sama, terus buka website shell baru tau cite terima kasih atas maklumat, kalu tidak terpedaya dibuatnya

    1. beliamuda Avatar

      Baguslah kalau terhindar daripada perangkap mereka yang durjana ini.

  5. Cheong Yu Shuang Avatar
    Cheong Yu Shuang

    Selamat Sejahtera , saya bukan telefon yang beratas ini. Nombor saya ialah 0198321256, dia cakap hendak dial kepada 0178285786. Yang website itu ialah [disunting] . yang ini betul atau salah ? Akan saya menelefon dia atau tidak ? Tolong memberitahu saya.
    Sekian terima kasih .

    1. beliamuda Avatar

      Jangan percaya dengan sebaran mesej seperti yang tersebut. Ianya palsu dan tidak benar sama sekali. Pihak yang membuat pertandingan seperti ini biasanya akan menghubungi terus dan tanpa kita perlu keluarkan apa-apa modal.

  6. Rohani Che Mat Avatar
    Rohani Che Mat

    Kenapa la ada manusia yang sanggup menipu untuk hidup senang tapi menyusahkan orang lain.grrrr

  7. Haslina saad Avatar
    Haslina saad

    Laaa tipu rupanya i bru dpt msg dpt 20,000,00 no siri 9R247YK and sila dial 0111-268-8966 kesian org yg htr nie ….

  8. man_abon Avatar
    man_abon

    saya baru sje trima sms penipuan ni, 12:43 tdi..RM20000.00..byk tu..no siri tetap sama..9R247 YK tp apasal plak no h/p, bkn no syarikat penganjur… jd, kwn2 lain , beringatlah sblum tkena….
    ABAIKAN MESEJ TERSEBUT….

  9. abakar Avatar
    abakar

    Saya baru terima msg sama..nasib baik tergerak nak buka website shell. Terima kasih untuk maklumat dari rakan-rakan.

  10. Zainudin Avatar
    Zainudin

    Sy baru dpt… terfikir.. apa cara kita nk kenakan diorang nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge