Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. far3871 Avatar
    far3871

    Salaam. Sy baru aje terima sms seperti yg u all ckp ni. sy call dorang, minah indon yg jawab, sy dah mula syak. lepas tu dorang suruh pegi atm aje, lepas kat sana nanti kena call dorang balik. dorang kata, ‘jgn bagi sy kakak punye no akaun, kite tak blh terima’…..dorang siap tanya dlm brape minit blh sampai ke atm..? sy jwb dlm sejam. pas tu, sy google nama promohadiah.com.cc ni….sampai lah sy ke blog sini……terima kasih kerana warning anda semua…semuga Allah murahkan redzki korang di bulan mulia ini and semuga Allah melindungi kami . Take care.

    1. dzana Avatar
      dzana

      br dpt msg ni smlm cm mmg x p caye..cz no hp huhu..ramai tul yg kna..tp org kg kita dah kn kesian makcik tu dah la hidup susah habis duit simpanan dia pg transfer kat org tu..semua dia ajar care nyer kn?same ayat yg mcm dorang suruh pegi atm aje, lepas kat sana nanti kena call dorang balik. dorang kata, ‘jgn bagi sy kakak punye no akaun, kite tak blh terima’…..dorang siap tanya dlm brape minit blh sampai ke atm..?

    2. beliamuda Avatar

      Sama-sama. Semoga kita terhindar daripada penipuan sebegini.

  2. hafiz hamid Avatar
    hafiz hamid

    apo lah diaorang nie .. dah lah dekat nak raya nie ….. banyak duit nak digunakan masa raya nanti… cekiki darah betul diaorang nie … senang je nak kena and tipu kan orang … siapa ada idea untuk buat aduan kepada biro hak pengguna…. sebab dengan perkara macam nie banyak sangat yang kena terpedaya dengan manusia yang durjana… Pagi nie 31 Ju;ai 2012 jam 10:12am saya telah terima sms nie dan memenangi RM20k… bila buka laman web dekat blackberry… ternyata cuma website di copy right saja logo shell…. takda apa2 tanda sebarang peraduan untuk menjawab …

  3. sunan kalijaga Avatar
    sunan kalijaga

    hari nie, aku call penipu tue…minta no akaun bank aku…aku minta dia masukkan duit dalam akaun dia..pastu aku akan bagi separuh kalau duit tu dapat….hahahaha lepas tue dia marah, dia cakap dia banyak nak layan org lain..pastu aku cakap dgn dia janganlah marah..aku nak uji dia…jer…pastu terus letak…..

    1. beliamuda Avatar

      Ini memang terbaik!

  4. abcxyz Avatar
    abcxyz

    Terima kasih atas info yang berguna. Moga-moga jadi panduan dan pengajaran kepada mereka yang gelap mata terhadap nilai RM. Rezki tidak datang melayang, wang tidak datang terbang kepangkuan tanpa usaha sendiri. Berfikirlah dengan tenang dan waras. Pasti kita akan terhindar daripada menjadi mangsa penipuan ini.

  5. Mansor Avatar
    Mansor

    Saya baru terima msg kemenangan RM 20,000 dari Shell pagi ni.Insyaallah tak tergoda .Dulu pernah terima dari Power root msg bagi hadiah RM200,000.00,insyaallah selamat pasal tak layan pun .Persoalannya sekarang adakah ada sindiket yang berkerjasama dengan Syarikat komunikasi menjual maklumat kepada kumpulan penyamun cyber tsb .

    1. beliamuda Avatar

      Itulah yang menjadi persoalan kita sekarang ni…

  6. Zainuddin Avatar
    Zainuddin

    5 tahun dulu sy pernah terima masej mcn ni. Sy call dia org. Dia minta no akaun. Sy tanya dia orang di mana pej dia orang sy nk dtg ambil sendiri hadiah tu. Sy kata tak payah masuk dlm akaun lah sy boleh datang ke pejabat untuk ambil hadiah. Sy tanya dia berkali-kali di mana peabatjnya. Akhirnya dia jwb di Menara Petronas KLCC. Bila minta alamat penuh mula dia org mengarut denan pelak indon bodoh dia org. sebab bukan tau sangat tentang KLCC. . Last saya maki dia org supaya cari kerja halal

    1. beliamuda Avatar

      Semoga diorang insaf.

  7. Mat relaks Avatar
    Mat relaks

    Haha.. Aku dapat gak msg tu.. Aku foward blik kat diorang tp aku tuka jadikan sejuta haha

    1. beliamuda Avatar

      Kah3. Terbaik bro!

  8. kelvin1643@hotmail.com Avatar

    betul ke..boleh dapat rm 20.000 dari shell(m) BHD ,,no siri .9R247 YK,, hari ini i dapat sms ni,,

    1. beliamuda Avatar

      Tak betul lansung. Janganlah nak percaya sangat.

  9. AZAM Avatar
    AZAM

    mmg haram jadah smua tu….

  10. don Avatar
    don

    aku nk check betul ke x aku g bangunan shell kat jalan semantan damansara..dorang kata sume tipu..harap jgn terpedaya..teliti betul2..duit bole cari..

    1. beliamuda Avatar

      Baguslah kalau ada usaha sendiri untuk menyemak kesahihan maklumat yang kurang pasti.
      Harap lebih ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge