Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. hamba allah Avatar
    hamba allah

    bila cuba call tak dijawab pula nampak sangat penipu n penakut.begitu lah manusia jikalau sudah buat salah hendak berdepan atau hendak bercakap dengan orang pun sudah tidak berani
    p/s bawa2 lah cari rezeki dengan cara yang halal jangan hidup hendak mencari dari sisa yang haram……..

  2. alya michiko Avatar
    alya michiko

    aku baru dpt msej ni d pgi2 hari….poyo pnyer jalang….nk cri duit raya awl2….silap org la nk knakn kt aku….

    1. SAB Avatar
      SAB

      saya baru dpt sms tipu tu….saperlah yg tader keje buat semua nie…..

      1. beliamuda Avatar

        Ini bukan takde keje. Ini memang kerja menipu.

    2. beliamuda Avatar

      Eh, terkena ke?

  3. nass Avatar
    nass

    jaga2 mat indon menipu….aku baru telepon..suara mat indon yg jawab…dia mintak bank ape kita pakai dgn no akaun….haram jadah punya indon…

    1. beliamuda Avatar

      Jangan terpedaya…

  4. aju Avatar
    aju

    aku pun terima msg penipu nie sama je pula tu..

    1. beliamuda Avatar

      Rasanya individu/sindiket yang sama juga melakukan penipuan ni.

  5. zainal Avatar
    zainal

    sy pun dpt sms yg sama..pastu wife suruh call.ikutkan je la..dgr je suara mat indon dah sah2 kena tipu.terus matikan fon.saje je…tau dah diorang ni suka menipu…

    1. beliamuda Avatar

      Beringatlah kalau dapat SMS macam ni. Mujurlah ramai dah sedar. Bagi yang tidak tahu, pasti tertipu.

      1. bobo Avatar

        jom semua, kita pergi report polis. no phone yg ada ini pasti register under seseorang…jawablah nanti.

  6. bobo Avatar

    manusia macam ni.. mengganggu ketenteraman orang lain.

  7. zyzy Avatar
    zyzy

    cheh! terpedaya seketika. ingatkan dah ‘real’ sgt la..jenguk laman web, tapi ayat agak tak berapa nak betul tatabahasa. call no yg dia bg 017-8231747..slang indon, bila ditanya saya bercakap dgn siapa, Hj Halim katenye.( lagipun dia send ke mesej broadband)..bila dah mula tanya akaun bank..suruh pegi skrg plak tu..rase lain macam..pastu terus buat2 tak dengar..putuskan takian & carik matlumat..jumpa la blog ni. mmg sah la!
    terima kasih mengingatkan.

    p/s- ada sesape nak try call Hj Halim?

  8. sarah Avatar
    sarah

    dpt gak msj tipu tu, trus check kat internet, thanks 4 the info

    1. ija Avatar
      ija

      bru jap dapat msj,tengok kt internet sah dh ada info msj penipu ni..

      1. beliamuda Avatar

        Semoga kita terhindar daripada penipuan seperti ini.

  9. wanna Avatar
    wanna

    terima kasih… makumat ini bnyk membantu

    1. beliamuda Avatar

      Sama-sama. Semoga kita terhindar daripada kerugian.

  10. najiha Avatar
    najiha

    Sy kene pagi semalm.da terpedaye…..hilang duit mcm 2 je …….skit ati gile …duit untuk pelajaran sy pulk tu

    1. beliamuda Avatar

      Aish. Biar betul. Macam mana boleh terpedaya tu? Apa yang diorang suruh buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge