Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. hazwan Avatar

    ceh, ingatkan ade contest mende2 tadi

    1. beliamuda Avatar

      Nak ada contest mendenya boh?

      Kalau ada, nak masuk ke?

      1. faizal Avatar
        faizal

        lau kte kne tipu kn nk wat mcmne ye ah,bleh x tlg sye

        1. beliamuda Avatar

          Apa yang sudah terkena tu?

  2. ynasweet h thomas Avatar
    ynasweet h thomas

    whahhaha what ever la apa2 pnipuan asal ja jangan layan smua sms masuk hmm

    1. beliamuda Avatar

      Itulah kuncinya. Jangan layan mesej yang tidak diketahui mana asal-usulnya dan yang seakan-akan terlalu tidak logik untuk kelihatan menarik.

  3. hanim74 Avatar
    hanim74

    mmg penipu.. tadi msg yg serupa masuk dlm hp saya.. saya just called to find out.. ahaaaksss sora yg sama tap menukar nama.. dulu haji lajis dari power root, kawan saya haji lajis dari celcom.. skrg menggunakan nama hj halim.. betapa kekurangan org kita kah yg co2x gergasi nie nak hire org indon.. he3x..yg herannya shell hq bejerja ari nie.. ahad.. weekends.. hu3x..PENIPU.. rase nak ajer report polis.. bolehkah.. seems telepunnya di angkat..

    1. beliamuda Avatar

      Boleh je kalau nak buat report. Nanti polis siasat.

    2. Roxa Avatar
      Roxa

      selalu gak sy dpt msgs dari SHELL pasal habuan tu, yg heran mana bangsa indon (…grenti indon punyer keje ni….) tu dpt no hp…grenti dari suku sakat staff telco ni….ader sekali lagi best giler, terus call sy and kata dapat habuan duit (byk tau tapi dah xingat berapa…) dah le suara pekat mamat indon, boleh kata panggila dari Petronas????……sy kata sy xkena megena dgn petronas pun, xder masuk apa2 yg kaitan tf petronas tu….(kalu jadi cam ni, dpt panggilan terus and tambah2 yg ckap tu bangsa indo….tolo letak phone seb takut awak kena pukau nanti , pukau hembusan melalui hphone….nanti awak akan ikut jer arahan mamat indon tu…..)

  4. athirah Avatar

    Saya kena juga baru ini. Chek2 dulu, and Shell write, “pihak kami tidak akan hantar mesej untuk umumkan sebagai pemenang. pemenang akan dihubungi. ” So, semua hati2 🙂

    1. faizal Avatar
      faizal

      sye dh kne tipu jgk lah ni taw
      \

      1. faizal Avatar
        faizal

        hsb lah duit aku taw.rugi lah aku bulan ni

        1. amoi Avatar
          amoi

          yee betol sya dah trima message yg same …..jgn mudah tertipu dgn kerja bodohhhh dia orag yg tak de keje nie……perhatian utk semua k

          1. beliamuda Avatar

            Perkongsian yang saya buat ni pun sebagai peringatan dan perhatian buat yang lain.

  5. eva Avatar
    eva

    emmmm sy pon ade menerima msj yg serupa, emm tpu upenye.

  6. leen Avatar
    leen

    pagi ni 14/07/2012 saya dapat msg macam di atas, saje call layankan aje, lama2 dia suruh beli top up pulak, bukan sikit banyak tu……. terus letak telepon….. dah sah kena tipu….. hai nak dekat2 puasa ni macam2 hal datang…..

  7. jujut Avatar
    jujut

    hahaha aku pooooon…dari indon sengal

  8. mastopo Avatar
    mastopo

    aku pun dpt sms dari shell petang tadi…penipu c indon tak de keje ni..

  9. JustNi Avatar
    JustNi

    br dpt msg yg sama td..huhu xpernah join mana competition alih2 dapat..

  10. zetty Avatar
    zetty

    hahaha nie tipu punya suara mcm org indon ade htr sms kt hp saya ckp:your card tjh berjaya dan memenangi hadiah GRANG PRIZE dr shell rm20;000.00sila dail ditalian0178231479 atsu promohadiah.co.cc.jgn terpedaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge