Bekerja Tujuh Hari Seminggu di Tapak Projek

Salam sejahtera buat semua.

Crane Farewell, Spartia

Ramai rakan sekerja yang kata sangat best kalau dapat turun ke site. Tapi tidak semua keadaan turun ke site itu best sebenarnya. Realitinya, banyak perkara yang berbeza daripada tanggapan apabila berada di site, bergantung kepada situasi dan keadaan.

Kini saya perlu bekerja selama tujuh hari seminggu kerana jadual projek yang ketat. Dua projek hampir sama yang bertindan jadualnya mendesak kami untuk tidak lari daripada jadual yang telah ditetapkan.

Sebulan yang pertama sebelum ini tidaklah memenatkan sangat kerana kami bekerja di ofis. Tapi di limbungan kapal, setiap hari kami perlu berada di atas kapal yang sedang menjalani proses rejuvenasi.

Paling kurang kami akan naik turun kapal sebanyak dua kali dengan memanjat tangga yang jumlahnya hampir 80 anak tangga. Pergerakan di dalam kapal yang berbilang dek (naik turun tangga lagi) juga perlu ditempuh dengan aliran hawa dingin yang minima.

Ya, ianya memenatkan!

beliamuda: Kumpul cuti dulu katanya… Gambar di atas bukan gambar yang saya rakam di tapak projek.

One thought on “Bekerja Tujuh Hari Seminggu di Tapak Projek

  1. Pingback: Indahnya Berehat Pada Hujung Minggu | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge