Pada Setiap Titik Peluh

Salam sejahtera buat semua.

The thing they call progress (DSC9056)

Bekerja di bawah terik panas mentari bukanlah satu pilihan namun ada tugas yang perlu diselesaikan. Musim kemarau yang melanda bumi Malaysia tahun ini dengan langit yang lebih terang tanpa awan, menambah perit.

Itulah yang terpaksa ditempuh hampir saban hari untuk sesi pembaikpulihan loji (baca: plant turnaround) di PETRONAS Chemical Polyethylene Sdn. Bhd. (PCPSB) yang mana saya terlibat dalam DCS Upgrading Project. Sistem lama diganti dengan yang baru secara keseluruhan. Ianya sebuah projeck migrasi daripada sistem Yamatake-Honeywell TDC 3000 kepada Yokogawa Centum VP R5.

Continue reading

Bekerja Tujuh Hari Seminggu di Tapak Projek

Salam sejahtera buat semua.

Crane Farewell, Spartia

Ramai rakan sekerja yang kata sangat best kalau dapat turun ke site. Tapi tidak semua keadaan turun ke site itu best sebenarnya. Realitinya, banyak perkara yang berbeza daripada tanggapan apabila berada di site, bergantung kepada situasi dan keadaan.

Kini saya perlu bekerja selama tujuh hari seminggu kerana jadual projek yang ketat. Dua projek hampir sama yang bertindan jadualnya mendesak kami untuk tidak lari daripada jadual yang telah ditetapkan.

Continue reading