Panggilan Jual Insurans Daripada Nombor +60320366888 dan +60327874200

Salam sejahtera buat semua.

Telephonists!

Semalam, saya dikejutkan dengan panggilan daripada dua nombor iaitu +60320366888 dan +60327874200. Panggilan daripada nombor pertama tidak dijawab kerana saya sedang menunaikan solat. Selepas itu masuk pula panggilan kedua daripada nombor berlainan.

Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk menjawab nombor yang tidak dikenali ini kerana ianya akan menyebabkan saya dikenakan caj. Untuk pengetahuan, saya sekarang berada di Singapura. Maka, nombor talian henpon saya berada dalam roaming.

Sebaik sahaja mendengar pemanggil memperkenalkan diri dan menyebut dengan tepat nama saya, terus saya mencelah dan menjelaskan keadaan saya dengan sedikit marah. Mana tidaknya, panggilan dibuat semata-mata untuk mempromosikan insurans.

Selepas itu si pemanggil memutuskan talian (saya tidak ingat sama ada dia ada meminta maaf atau tidak). Nombor pertama juga dikenalpasti menjual insurans berdasarkan carian di Internet.

Saya musykil, daripada mana mereka mendapat maklumat diri saya (nama penuh dan nombor telefon). Terdetik juga mungkin pihak bank yang memberikan maklumat kepada mereka, sama ada mereka daripada syarikat induk yang sama ataupun maklumat tersebut dijual.

Mesti ramai lagi pengguna di luar sana yang turut mendapat panggilan yang serupa. Saya sendiri sebenarnya sudah banyak kali mendapat panggilan yang serupa.

beliamuda: Panggilan sebegini sangatlah mengganggu dan mendesak sebenarnya…

25 thoughts on “Panggilan Jual Insurans Daripada Nombor +60320366888 dan +60327874200

  1. Demi Allah kami y bekerja disitu mncari rezeki y halal utk anak2.. kamu y brprasangka buruk ny, klau ta tau mnahu, jgn sergah mcm tu sja. Siasat la dulu. Kamu semua buat statement y bole aib kan org. Itu dah mmg kerja kami mhubungi nama & no tel y ada di system. Kami tak buat pkara2 jahat. Jgn mghina org sesuka hatio klau tak siasat dlu.

    • Alhamdulillah kalau itu niat kamu mencari rezeki yang halal. Tetapi dalam kebanyakan kes yang biasa kita dengar, bilamana penerima panggilan menolak dengan baik, kebiasaannya, KEBIASAANNYA puak-puak pekerja macam korang ni akan tiba2 letakkan/putuskan talian tanpa langsung ucap minta maaf mengganggu ke, ucap terima kasih lagilah tidak. Sorry to say that, tapi itulah hakikat pahit yang korang kena terima, dan ia kerap berlaku kepada kami yang jadi mangsa ni. Maaf kalau terkasar huhhu…

  2. Baru dpt call from them explaining from bcard u mobile.. also they mention my name correctly got me wonder if they’re from real company.. then he explained bcard got insurance rm38++ per month, with other detailed coveragem, etc. He said the insurance is under CommuteCare plan and under Chubb Insurance Berhad. He said they will post the insurance documents to my house after i done penolakan pertama.. i just kept layan until he requested my bank details then i hung up.. then they just kept calling me and left almost 10 missed calls from different numbers until i blocked all the numbers. Idk if they’re real or not but i never risk sharing my bank details to stranger without seeing b&w proof.

  3. Yg pelik mcm mna mereka tahu kita pegang kad apa, siap bg info personal kita agar d percayai, sya dpt cl dr nombor ini, ada yg kata dr cimb bnk, bonuslink, kad infinite lah, apa korang tapau suma ke..

    • baru dpt call dari nom 0320366888 juga ptg tadi..main agak ja,,saja google nom ni,,,memang insurance rupanya…

  4. salam. mcm ni je, pergi ke apple store atau google store, download kan app yg bernama “Truecaller”.

    Kalau nombor yg telah di cap top spammer, akan di tunjukkan tiap kali nombor tersebut call handphone korang. Tiap kali ade tengok label tu, tekan je butang merah hang up. Senang je~ x yah layan2

    Memang betul, dorang ni x semestinya scammer, memang buat kerja halal mcm salesman jual barang dari pintu ke pintu. Tapi memandang kan ekonomi kita mcm ni dan ni semua salah najib, x minat lah nak beli2 promosi, diskaun, insurans, pakej pelancongan itu ini… kita sbg pembeli pun halal pe nak reject dorang. Kpd call agent ni, baik cari kerja lain la. Yg ni mengupah dorang ni plak, haaaa sukati korang la duit ko memang habis ke longkang je dgn ada nya app Truecaller ni… Sekian, terima kasih huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge