Salam sejahtera buat semua.
Terdengar sebentar tadi pengumuman bahawa tempoh sah laku untuk Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) telah dilanjutkan sehingga 30 April 2012. Sebelum ini, BB1M akan luput pada 31 Mac jika tidak digunakan. Jadi, pengumuman terbaru ini sebenarnya ada signifikan yang tersendiri.
Bagi yang masih lagi belum menggunakan BB1M kerana mungkin tidak terdapat keperluan untuk membeli buku atau bukanlah menjadi tabiat mereka untuk membeli buku sehinggakan tidak tahu buku apa yang boleh dibeli, mereka anda berpeluang untuk membelanjakan kupon tersebut di PBAKL 2012.
Bagi yang tidak tahu, PBAKL 2012 atau nama penuhnya ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 merupakan medan paling digemari oleh ulat buku (atau permata buku; jika suka menggunakan yang ini) kerana di sinilah para penerbit dan penjual buku memberikan tawaran menarik.
Dengan lanjutan sehingga 30 April, tempoh sah laku baucer masih lagi ada. Maka, PBAKL 2012 boleh menjadi tempat terbaik untuk pelajar yang masih belum menggunakan baucer mereka. Serbulah PBAKL 2012 di PWTC dan habiskanlah kupon anda di sana!
beliamuda: Tidak berkesempatan untuk mendapat Baucer Buku 1Malaysia (BB1M). Jangan lupa serbu gerai PTS!
alor, baru je abeskan baucar ari tue. kalau tau, tggu pbakl. 🙁