Salam sejahtera buat semua.
Sepatutnya sejak awal saya mula memandu Perodua Viva lagi saya sudah mempunyai kad sebegini walaupun sebelum ini saya lebih banyak menggunakan pam petrol Shell. Apabila dah mula kerja ni, tidak perlu lagi saya bertangguh untuk mendapatkan kad Mesra PETRONAS yang percuma ni.
Sekarang ni, saya lebih banyak menggunakan stesen minyak PETRONAS kerana lokasi yang lebih dekat dengan kawasan tempat saya menyewa sekarang ini. Kalau untuk Shell, boleh la daftar kad Bonuslink.
Ada juga saya cuba daftar untuk Bonuslink, tapi ruangan nama untuk perndaftaran dalam talian tidak dapat memuatkan kesemua huruf yang terkandung dalam nama penuh saya. Jadi, saya biarkan dulu.
beliamuda: Tak rugi apa pun kalau tak guna. Tapi kalau guna, ada la faedahnya. Maka, haruslah ada sekeping kad Mesra PETRONAS.