Salam sejahtera buat semua.
Terdengar sebentar tadi pengumuman bahawa tempoh sah laku untuk Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) telah dilanjutkan sehingga 30 April 2012. Sebelum ini, BB1M akan luput pada 31 Mac jika tidak digunakan. Jadi, pengumuman terbaru ini sebenarnya ada signifikan yang tersendiri.
Bagi yang masih lagi belum menggunakan BB1M kerana mungkin tidak terdapat keperluan untuk membeli buku atau bukanlah menjadi tabiat mereka untuk membeli buku sehinggakan tidak tahu buku apa yang boleh dibeli, mereka anda berpeluang untuk membelanjakan kupon tersebut di PBAKL 2012.