Tarikh Semakan Keputusan Permohonan dan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

bahagian Matrikulasi KPM

Berlalu sudah dengan pengumuman keputusan SPM 2011 baru-baru ini, kini masanya telah tiba untuk adik-adik lepasan SPM mula bersiap-sedia melangkah ke alam pengajian yang seterusnya. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah diantara salah satu peringkat pengajian yang menjadi pilihan kebanyakan lepasan SPM sebelum melangkah ke alam universiti.

Buat pengetahuan pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013, tarikh semakan keputusan permohonan dan kemasukan ke Matrikulasi boleh dilakukan bermula pada 25 April 2012 sehingga 31 Mei 2012.

Tarikh Kemasukan ke Matrikulasi dan Rayuan Permohonan Matrikulasi

Tarikh pendaftaran bagi kemasukan sesi kali ini pula ialah pada 28 Mei 2012 (kecuali Wilayah Persekutuan Labuan pada 21 Mei 2012). Bagi yang tidak berjaya dengan permohonan masing-masing pula boleh membuat rayuan permohonan secara dalam talian sahaja selama tempoh 25 April hingga 13 Mei 2012. Selepas itu, keputusan rayuan akan boleh disemak pada 7 Jun 2012.

Ringkasannya adalah seperti berikut;

Tarikh semakan keputusan permohonan: 25 April – 31 Mei 2012

Tarikh kemasukan ke Matrikulasi: 28 Mei 2012 (21 Mei bagi Labuan)

Tarikh rayuan permohonan ke Matrikulasi: 25 April – 13 Mei 2012

Tarikh keputusan rayuan permohonan ke Matrikulasi: 7 Jun 2012

beliamuda: Kemaskini permohonan Matrikulasi telah berlangsung pada 6 hingga 20 Februari yang lalu…

11 thoughts on “Tarikh Semakan Keputusan Permohonan dan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

  1. Pingback: Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Cara Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013 | beliamuda {dot} com

  4. bagaimana kalau seseorg tu dpt plkn yg dftanya 3 mei, dalam masa yang sama dia juga mendapat matrik.adakah dia harus masuk saja dulu k plkn atau pun tunggu setelh tmat bljr di matrikulasi? terima kasih.

  5. kalau msuk matrik ambilan kedua, bermakna kita dah ketinggalan dlam pmbelajarn lah kan??? hurm… ni yg x best…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge