Salam sejahtera buat semua.
Semalam telah saya kongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan permohonan kemasukan program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 dengan semua adik-adik lepasan SPM 2011. Dalam entri kali ini, saya kongsikan pula cara untuk membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2012/2013 sama ada untuk Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT).
Cara Semakan Keputusan Permohonan Program Matrikulasi
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara iaitu:
-
Melalui portal Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Program Matrikulasi. (akan dibuka mulai 25 April 2012)
-
Melalui mesej pesanan ringkas (SMS) – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888 atau boleh merujuk dalam gambar di bawah.
Selepas membuat semakan keputusan permohonan, pemohon boleh membuat rayuan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2012/2013 hanya melalui dalam talian sahaja jika gagal mendapat tempat di mana-mana kolej Matrikulasi untuk kedua-dua PST dan PDT.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083. Sila rujuk portal Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
beliamuda: Semoga berjaya buat semua para lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2012/2013.


Leave a Reply