Analisa dan Statistik Ringkas Keputusan SPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, debaran yang dialami oleh para pelajar lepasan SPM 2011 berakhir dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 pada hari ini. Saya percaya, hampir kesemua 468,808 pelajar yang menduduki SPM 2011 telah mengetahui keputusan masing-masing.

Pengumuman keputusan SPM 2011 telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Menurut beliau, seramai 559 calon SPM 2011 telah memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Analisa Ringkas Keputusan SPM 2011

Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon adalah dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan. Gred Purata Nasional (GPN) juga bertambah baik kepada 5.04 berbanding 5.19 pada tahun 2010 iaitu yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Seperti biasa, ada beberapa kisah yang disiarkan oleh media berkaitan keputusan SPM kali ini iaitu pelajar cemerlang yang ingin sambung pengajian di Tingkatan 6, kejayaan dua pelajar kelainan upaya dan anak peneroka Felda di Johor.

Sumber berita disunting dan dipetik daripada BERNAMA

beliamuda: Tahniah juga untuk adik saya yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011. Apakah selepas ini?

3 thoughts on “Analisa dan Statistik Ringkas Keputusan SPM 2011

  1. Takutnya… kalau tengok percentage keputusan SPM makin lama makin jauh dari bell curve kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Ini soal masa depan negara, mana boleh buat suka hati je nak sedapkan hati rakyat.

  2. Pingback: Komen Menghina Daripada Pelajar Kepada Seorang Guru | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Tarikh Semakan Keputusan Permohonan dan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge