Salam sejahtera buat semua.
Semalam telah saya kongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan permohonan kemasukan program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 dengan semua adik-adik lepasan SPM 2011. Dalam entri kali ini, saya kongsikan pula cara untuk membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2012/2013 sama ada untuk Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT).
Cara Semakan Keputusan Permohonan Program Matrikulasi
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara iaitu:
-
Melalui portal Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Program Matrikulasi. (akan dibuka mulai 25 April 2012)
-
Melalui mesej pesanan ringkas (SMS) – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888 atau boleh merujuk dalam gambar di bawah.
Selepas membuat semakan keputusan permohonan, pemohon boleh membuat rayuan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2012/2013 hanya melalui dalam talian sahaja jika gagal mendapat tempat di mana-mana kolej Matrikulasi untuk kedua-dua PST dan PDT.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083. Sila rujuk portal Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
beliamuda: Semoga berjaya buat semua para lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2012/2013.
salam belia muda,
bgma LPM semak rslt SPM 2011 ie recheck marks or review kertas semula.tq in advance 4 ur info
Terima kasih untuk info cara semak matrikulasi ni…
mel´s last blog about ..Semakan Keputusan MUET Sesi Mac Tahun 2012
terima kasih banyak banyak
@Kayalvile, sama-sama banyak-banyak.
Pingback: Wordless Wednesday #35: Keputusan Permohonan Matrikulasi 2012/2013 | beliamuda {dot} com
salam nak tanye sikit..mase kiter nk check matriks tuh,yer akn tanyer terimer atau tolak tawaran kalau nak print..pastuh klau tekan trimer..adakah saye xkn dapt asasi terus?asasi akn block sye ke? tolong….
@nujie, Wasalam. Rasanya tak sebab Matrik dan Asasi berada di bawah dua bidang kuasa badan berbeza dan tidak berhubungan.
salam.. nk tnye nie.. sy ada sorang kwn umur 21 tahun… dye blh x msuk niosh n cm ner nk msuk niosh nie??
Wasalam. Saya kurang faham dengan persoalan anda. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut?