Salam sejahtera buat semua.
Semalam, semua jurublog (untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama servis Blogger) di platform Blogspot mengalami masalah apabila papan pemuka (baca: dashboard) Blogger @ Blogspot tidak dapat diakses kerana berada dalam mode read-only (boleh dibaca sahaja).
Pasti ramai yang rimas, runsing dan risau apabila terjadi macam ni. Ada yang tak dapat nak lepaskan keinginan mengemaskini blog. Ada juga yang runsing banyak kerugian yang bakal terjadi dan ada pula yang risau blog mereka telah digodam.
Saya tak sedar pun wujudnya masalah akses ke dashboard Blogger yang terjadi semalam sebab tak online kecuali lewat malam tadi. Anuar yang berazam nak update blog sebelum ni pun turut sama tak sedar akan masalah ni sebab berada bersama saya dalam perjalanan pulang ke kampung.
Mengikut kenyataan daripada pihak Blogger, masalah terjadi sejak penyelenggaraan dilakukan pada hari Rabu (11 Mei) yang menyebabkan berlaku kerosakan data yang seterusnya menggangu kelancaran servis. Jadi, akses ke dashboard ditutup (tidak dapat menyiarkan entri terbaru), namun pengguna masih lagi boleh melihat blog masing-masing.
Disebabkan masalah kerosakan data tersebut, pihak Blogger terpaksa mengembalikan sandaran (baca: restore backup) kepada 11 Mei dan entri-entri selepas tarikh tersebut telah hilang. Namun, pihak Blogger kemudiannya mengembalikan semula entri-entri tersebut. Mungkin komen dalam entri sahaja yang agak lambat untuk dipulihkan (atau mungkin tidak dipulihkan terus).
Impak masalah ini dirasai kesemua pengguna Blogspot di seluruh dunia. Bagi yang ada membuat sandaran sendiri atau melanggan suapan (baca: feed) melalui Google Reader, entri tersebut akan boleh diambil semula daripada situ (jika ianya tidak dapat dikembalikan semula oleh pihak Blogger).
Mungkin ada yang melenting dengan masalah yang terjadi. Anda ada hak untuk marah, tapi anda perlu ingat servis yang ditawarkan tersebut adalah percuma dan pihak Blogspot telah melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keadaan seperti sedia kala. Tapi mungkin ada yang tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. Jadi, bersabarlah jika masalah macam ni terjadi lagi dan bersiap sedialah dengan backup sendiri kalau entri dalam blog anda itu adalah penting.
beliamuda: Saya sendiri pernah merasai hilangnya entri dan komen dalam blog kerana kelalaian saya membuat backup. Kalau dah kena sekali, baru terhegeh-hegeh nak buat backup.
Assalamualaikum, Sdra…mcmana nak buat back up yer?
@zatiah, backup untuk blogger ke? boleh download semua entri tu dari dashboard.
alhamdulillah, blog ikin baik2 aja~
ikin´s last blog about ..when Allah will- Allah decide the way
@ikin, alhamdulillah.
Itulah, semalam try banyak kali nak buka dashboard tu, tak boleh2.
Patutnya Blogger kene inform awal2, melalui emel ke. Lagipun punca tak boleh access tu diberitahu tak berapa jelas. (Saya tengok kat blog Blogger).
Jazmi´s last blog about ..Best ke Menipu
@Jazmi, diorang pun tak aware pasal masalah ni nak jadi.
dulu2 pun pernah juga hilang entri…tetapi ada google reader, copy letak semula..
Kujie´s last blog about ..Penulis Jemputan – Carilah Kebaikan Jangan Keburukan
@Kujie, haa, tu la guna GReader. Feed tu boleh jadi macam backup blog kita untuk entri.
sebab tu dah tak guna blogspot dah. takut jadi macam ni aje..
ahmadhaikal´s last blog about ..Kung Fu Panda 2 Cantonese Version
@ahmadhaikal, blog sendiri pun nnt ada kemungkinan nak kena cmni, cuma kawalan tu lebih sikit la.
say mengalami masalah ni sejak 3 hari lepas hingga sekarang.. lepastu keluar mcm ni..
502. That’s an error.
The server encountered a temporary error and could not complete your request.
Please try again in 30 seconds. That’s all we know.
sy suruh kwn bukak blog doa di laptop sy ,tpi dia boleh je… sy risau sesgt
niena shopping2u´s last blog about ..Bila diberi betis, nak peha.. ikhlaskah kita?
@niena shopping2u, payah nak jawab. anda guna domain tapi hosting blogspot?
mcm mana ye ?sy dh lebih 2 minggu.. nk follow org pn xleh
niena shopping2u´s last blog about ..Embun dan Manusia
@niena shopping2u, masih belum selesai lagi masalah ni?