Tag: sandaran

  • Apabila Blogspot Tidak Dapat Diakses

    Salam sejahtera buat semua.

    logo blogspot

    Semalam, semua jurublog (untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama servis Blogger) di platform Blogspot mengalami masalah apabila papan pemuka (baca: dashboard) Blogger @ Blogspot tidak dapat diakses kerana berada dalam mode read-only (boleh dibaca sahaja).

    Pasti ramai yang rimas, runsing dan risau apabila terjadi macam ni. Ada yang tak dapat nak lepaskan keinginan mengemaskini blog. Ada juga yang runsing banyak kerugian yang bakal terjadi dan ada pula yang risau blog mereka telah digodam.

    (more…)

  • Eksport Fail Entri WordPress Kini Lebih Maju

    Salam sejahtera buat semua.

    WP 3.0 Thelonis

    Sejak Wordpess 3.0 dilancarkan minggu lepas, satu benda yang jelas dikenal pasti mengalami perubahan ketara ialah warna pada paparan utama (dashboard). Kalau dulu warna kelabu gelap, kini warna tersebut ditukar kepada warna kelabu yang lebih lembut.

    Salah satu tetapan yang telah ditambah ialah eksport fail entri WordPress yang kini lebih maju berbanding dulu. Kalau dulu hanya dengan satu pilihan tapisan sahaja iaitu melalui pilihan penulis (author) berbeza, kini tapisan itu telah ditambah kepada pilihan tarikh, penulis, kategori, tag, jenis kandungan (post dan page), dan status (draf, publish, private).

    (more…)