Salam sejahtera buat semua.
Nampaknya saya telah tertinggal untuk mengemas kini mengenai Twitpic pada minggu lalu diakibatkan oleh masalah sambungan Internet yang dialami di awal minggu. Sedikit sebanyak, urusan di alam maya tergendala dan tertangguh.
Sebagai memenuhi siri gambar twitpic sepangjang minggu, saya masukkan dulu tulisan bagi Minggu #5 (sepatutnya sudah minggu #6).
Isnin yang bosan dan Baju [AwOk2]
Minggu kali ini agak bosan dengan rutin yang semakin padat dengan aktiviti akademik. Selari dengan keadaan yang semakin menghampiri penghujung semester.
Lepas lab PLC (subjek IACS) pada hari Isnin, sempat luangkan masa untuk makan tengah hari dengan Faris dan Muzakkir di café Village 6 (pemandangan café di sini sangat cantik, di tepi tasik UTP).
Malam tu, dapat pulak baju [AwOk2] setelah sekian lama. Apakah itu [AwOk2]? Err, yang tahu boleh tolong jawab? Tak reti nak gtau.. >_<
Roadshow ICN 2011 di sekitar Poket D
Dalam minggu ni jugaklah International Culture Night (ICN) 2011 diadakan. Tapi saya tak join pun masa malam acara tersebut diadakan.
Tengoklah montaj yang dihasilkan oleh Mashyar ni. Menarik! (Ada Nota Kosong dalam senarai penaja acara ICN 2011).
Gambar sekitar UTP
Masa dalam koleksi Twitpic #4 pun dah ada tunjuk gambar sekitar UTP, kali ni tambah lagi tiga; di kawasan Kompleks Chancellor dan di depan blok asrama V5B.
Survey MS di sekitar Parit dan lanjutan ke Batu Gajah
Pada hari Ahad minggu tersebut, seperti yang telah dirancang, kami (Unit D yang terdiri daripada Luqman, Shamsul dan saya) telah keluar ke Parit untuk melakukan kaji selidik bagi subjek Malaysian Studies (MS) berkenaan kebudayaan di Perak.
Satu pengalaman yang cukup menarik apabila buat kali pertama berjaya sampai ke Parit dan sedikit terlajak hampir ke Bota. Sebaik selesai urusan survey, kami maju ke Batu Gajah. Menjadi lebih menarik apabila laluan yang diambil adalah agak rambang (masuk jalan kampung), tetapi masih lagi dapat tiba ke bandar Batu Gajah.
Di sana, kami berempat menjamu selera di Pizza Hut, sambil memenuhi kehendak rumet (Luqman) yang mengidam nak makan pizza. Tercapai hajat…
Sikit lagi nak cium tangga kat depan bangunan tu. Dulu pun dah cium belakang kereta orang (BMW atau Merc). Nasib baik kereta ni je yang ada efek. Kereta depan ok je…
beliamuda: Angin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa sebelum ribut taufan melanda. Awas!
macam-macam kisah kan..
naimulfirdaus´s last blog about ..berjanjilah- kita bertemu di syurga!
yezza..tercapai juga hajat luqman nk makan pizzaaaa…. 😀
@supel, yeay!. lepas ni nak makan apa lagi?
aku nak makn macroni, bukan pizza.. supel kot yg nak makn pizza.. cesss..haha
skaterzooper´s last blog about ..anak- kau dikasihi sebelum kau lahir ke dunia
@skaterzooper, oh, tak lepas lagi la ni hajat nak makan markaroni? cian dia… 😛
Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #6 | beliamuda {dot} com