Salam sejahtera buat semua.
Sejak siri koleksi gambar Twitpic tertangguh beberapa bulan yang lalu pada #5, tiada siri baru yang menyusul. Tepatlah kata-kata terakhir dalam tulisan tersebut yang menjangkakan akan hadirnya ribut yang kuat (maknanya semakin sibuk).
Gambar-gambar di Twitpic tetap jua bertambah dengan setiap satunya muncul di akaun Twitter saya. Cuma ianya tidak sempat untuk dikompilasikan dalam entri di blog. Mengambil kesempatan di awal sem yang masih lagi kurang terasa kesibukannya, maka hadirlah yang ke-6.
Berbadminton bersama dengan rakan-rakan
Seperti yang diperkatakan di atas, ketidaksibukan di awal permulaan semester ini dan juga kelas yang cuma ada dua jam pada hari Isnin dan Khamis, maka banyaklah juga masa untuk diluangkan dengan melakukan aktiviti lain, selain projek Final Year Design Project (FYDP @ PDP) dan Final Year Project (FYP).
Antara aktiviti yang sempat dilakukan bersama dengan rakan-rakan di awal pagi ialah bermain badminton. Sejak terjebak dengan kancah badminton beberapa sem yang lalu, bermain badminton di awal pagi telah menjadi antara aktiviti yang paling diminati untuk dilaksanakan bersama dengan rakan-rakan.
Untuk kali ni, siap tukar ke raket baru lagi. Raket lama yang dibeli semasa praktikal di Kulim tahun lalu agak berat. Jadi, yang baru inilah menjadi pengganti.
Choco Fair dan ICT Expo
Dalam minggu lepas, ada dua event yang berlangsung di Poket D iaitu Choco Fair dan ICT Expo. Tidak ada yang menarik sangat di sini. Saya datang ke sini pun sebab mengikuti Faris yang nak beli coklat di Choco Fair. Mostly, hanya ada coklat daripada Cadbury plus lain-lain coklat biasa.
Saya tak tahu kelab atau badan mana yang menganjurkan ICT Expo ni, tapi dengan hanya dua tiga booth yang ada, jauh lagi nak dipanggil expo (ataupun hanya saya yang pandai-pandai gi panggil expo).
Outing ke Kinta City
Sejak bermula semester baru lagi dah plan nak shopping, kebetulan dengan sales yang sedang berlangsung di Jaya Jusco (AEON), Kinta City. Akhirnya, hajat tercapai jua pada hari Jumaat kerana cuti peristiwa pada hari tersebut. Lebur la jugak
Keluar seawal pukul 9 pagi lagi sebab nak kejar balik solat Jumaat di UTP. Sempat jugak sampai semula di UTP sebelum azan Zuhur, tapi tak sempat nak lunch la masa tu. Lepas solat tu baru keluar semula ke Taman Maju.
Sebelum blah dari JJ, tiba-tiba rasa nak makan nasi ayam. Ni sebab gara-gara terhidu bau dari Johnny. Bau macam nasi ayam. Irsyad pun setuju nak makan nasi ayam, jadi lepas solat tu terus keluar ke Taman Maju, nak cari kedai yang jual nasi ayam.
Masuk dalam sikit ke arah perumahan di Taman Maju, ada satu kedai yang baru buka dan ada jual nasi ayam. Tanpa lengah, terus sahaja singgah dan masuk ke kedai tu. Tercapai jugak hajat nak makan nasi ayam (dan Irsyad cadang nak makan ais jagung pulak lepas tu, tapi tak pergi la).
Misi mencari spek mata baru untuk Khairul Anuar a.k.a Penaberkala
Disebalik kegembiraan perkelahan Aw0k2 ke Air Terjun Gepai di Bidor pada hujung minggu, Khairul Anuar atau Penaberkala kehilangan spek matanya dalam arus deras di sana. Oleh itu, misi mencari spek mata baru perlu dilaksanakan segera untuk mengurangkan masalah penglihatan yang dialami.
Sebelum pergi lebih jauh, inilah gambar beliau tanpa spek mata. Takkan kedapatan di tempat lain. Haha~
Perjalanan ke Taman Maju menjadi sia-sia apabila kedai spek mata tutup dan Pengkalan, Station 18 menjadi destinasi. Oleh kerana kami berdua belum lagi lunch pada masa tu (dah pukul 3), kami bersantap dulu di McD Pengkalan.
Selesai di situ, kami terus ke Tesco Station 18 yang berada berdekatan dengan McD untuk mencari kedai spek mata. Nasib baik ada satu kedai spek mata Focus Point dalam bangunan Tesco ni.
Payah juga nak mencari pengganti spek mata baru yang sesuai dengan cita rasa diri dan juga bajet. Setelah sesi suai kenal dengan spek baru, terpilih la juga satu spek baru daripada jenama yang sama dengan yang lama. Lepas tu check mata, sampaikan kena masuk dalam Refraction Room. Akhirnya, kena tunggu hari Rabu sebelum boleh ambil spek mata baru…
Teringatkan spek mata lama yang telah tiada.
Khairul Anuar Mencari pisang untuk buat banana split dan terima kasih kerana sudi menghantar satu bekas terus ke bilik walaupun terpaksa meredah malam (kami di blok yang berbeza) dalam keadaan mata tidak terang~ ^_^
Gambar rakan-rakan ChemE Jan 07 (CJ07)
beliamuda: It’s hard to write continuously these days. I wonder what had happened to me.
banyak gambar yang dikumpul..
naimulfirdaus´s last blog about ..remaja untuk ditiduri
@naimulfirdaus, kebetulan ada gambar yang boleh diambil.
lambat sungguh hari rabu, adeiiii
mata blurrr doh ni
penaberkala´s last blog about ..BILA MEMBER DAH MULA KAHWIN- KITA PUN
@penaberkala, rilek2 boh. spek mata bulih doh. haha.